Saturday, April 19, 2014

Seharian di UiTM Cawangan Kedah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh .
Selamat Malam
Its 9:13 pm

Nampak tak tajuk Entry kalini . " Seharian Di UiTM Cawangan Kedah " Ya betul tu . Hehehe well tadi pagi teman member pergi sana . Dia ada Interview untuk course pilihan dia " Sarjana Muda Seni Bina " 
Untunglahkan dapat , Takmacam kita * Again * Hahaha Aku just pakai simple sebab bukan aku pon yang kena Interview . Si Azrul ni pakai baju kemeja purple bertali leher bagai . Hahaha Macam cantik ja :*

Okay kami keluar dari rumah pukul 8:45 pagi kalau tak salah , Hehe orang tua memang cepat lupa . Mohon abaikan . Hahaha Masatu aku baru siap makan then dia call tapi aku tak angkat . Terbuat silent LOL . Then dia call handphone mak aku so blablablabla takpenting . Hahaha gelabah aku makan cepat cepat .

So sepanjang perjalanan aku cuma menghayati dibelakang . Hahaha seronok ja ada orang bawak . Actually motor aku takda cukai jalan * Cewah cukai jalan * Hahaha so terpaksa la naik dengan Azrul .
Sepanjang perjalanan tu juga aku dok nyanyi lagu Shila Amzah ni tapi rasanya Azrul takdengaq kot . Hahaha aku nyanyi kuat kot :p

Okay pukul 10 pagi tepat tepat kami sampai , Then tanya polis tu dekat mana parking motor . Okay nak habaq sat muka polis tu serious macam Jaafar Onn . Hahaha suara pon sama LOL . 
Ingat Jaafar Onn buat kerja part time dekat UiTM. So round round then jumpa then parking . Tamat

Masa pendaftaran tu aku sempat jugak la ikut , Tapi lepas selesai pendaftaran Azrul kena buat ujian lisan selama satu jam . Aku dah gelisah . Yalaa dengan aku sorang taktahu nak buat apa . Hm kesian .
So aku tunggu la depan pintu Dewan Sarjana tu dengan muka kesian . Tetiba lalat banyak pulak dekat situ . Entah sapa busuk sangat dekat situ . Hehehe tak terasa :P

So aku keluar pergi duduk dekat tempat Parking Motor tu . Lama jugaklah since 10:30 pagi sampai 12 :00 . Macam orang gila ja dekat situ tapi sokay sebab ramai lagi yang gila dekat situ Hahaha .
Tetiba handphone ni battery tinggal 50% . Pheww bengang gila padahal aku bukan guna sangat pon . Cuma chat dengan farra japon tupon takbanyak .

Then selepas beberapa jam aku ternampak sosok seorang gadis . Hahaha dari jauh aku pandang tepat . Yeah taksalah lagi tu mesti Shiken . Punya la pulun aku bangun pi dekat dia . Elok sampai situ dia dah hilang pheww laju sungguh deni lari :P Then aku call dia cakap ada atas bangunan . Sempat jugaklah sembang merapu lebih kurang 39 minit . Ya aku sempat tengok minit dia . Hahaha

Habis call tu Azrul mai dekat aku , Dia cakap Interview berhenti sat sebab solat . Hayamm ingat dah habis :P Then kami lepak dekat Dewan Sarjana . Best sebab ada aircond . Tempat duduk macam dekat Pawagam . Nicee bebehh :P Lama jugak la dekat situ sampai pukul 2 .Masa rehat tu kami pi melawat Shiken dekat bangunan atas tu . Hahaha Azrul la ajak aku . Cewah . Hehehe . Sembang sembang sampai pukul 2 . Taksempat nak solat Interview dah mula . LOL
Masatu aku dah tak terdaya . Lapar sangat dengan Cafeteria takbuka .Cuma minum 2 tin Milo . Phew nasib nasi Tong jual ais tu . Hahaha taktahu benda tu orang panggil apa .

Then takdak apa yang berlaku . sepanjang 3 jam tu lebih 10 kali aku pi tandas . Actually takbuat apapon . Cuma betulkan rambut agar kelihatan tampan sentiasa . Hahaha kay melawak . Tandas dia sumpah seram . Masuk masuk nampak taik Hahaha kuahasam . Ni sah kerja budak budak . 

Hahaha lupakan pasal TAIK tu . Cewah sengaja mention untuk hampa semua . Kehkeh :* Aku baru nak pejam mata then dapat chat dari Najat Izyani . Dia cakap UPSI dah boleh semak . Aku excited dah ni tapi takboleh nak semak sebab battery betul betul low . Tinggal 3% . Then dengan bangga dia pelawa nak semak .
Dengan penuh sabar aku tunggu , then dia balas " Hang takdapat "
Hahahaha sad life , Down gila padahal dah berharap sangat dapat . Tapi takplah takda rezeki dekat UPSI . Good Luck Najat Izyani untuk Interview tu . Grab it :)

Hehehe selepas beberapa jam kemudian barulah Azrul selesai . Phew lega sangat . Penantian sudah berakhir . Indahnya dunia . Hahaha Then masa otw balik kena tahan dengan polis . Dia minta Lesen kehkeh ingat kami takda ka ? :P Masa otw tu jugak ada accident . Kesian bebudak lagi . Accident depan Sekolah Taman Mahsuri tu . Yehh sampai jugak akhirnya . Sakit sangat badan ni :( 
Thats all story for today . Ini saja lah yang aku mampu nak tolong hang Kawan . Hehehe Sekian sampai sini sahaja . Aku mengantok sangat . Farra pon aku belum Chat . Nanti dia marah pulak .
Good Luck for those who got Interview . Rilexkan diri anda . Tenang selalu .
Hehehe kalau nampak ter-typo tu mohon abaikan . Anggap saja aku pandai eja . Hahaha
Selamat Malam , Assalamualaikum :*

Friday, April 18, 2014

Masa Depan :D

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)
Selamat Malam 
Its 11:30 pm . 

Okay harini takmau cakap banyak banyak . Eh cakap la Shangat kan ? Sekarang ni memang busy busy busy sangat uruskan natang yang serabut perut ni , Well aku busy apply Universiti ja pon . Hahaha * Kay taklawak pon * Pulun pulun . Hehehe . Actually aku baru saja habis apply Kolej Poly-Tech Mara .
Dengar macam menarik , bukan ? 

Actually dulu aku taktau pon menda apa la KPTM ni , Tapi ada sorang senior ni la yang promote dekat aku . Dia ambil Diploma in Teaching English As Second Language ( TESL ) dekat KPTM . Kebetulan sama course dengan apa yang aku mintak . Hehehe kebetulan Shangat .

So dia memang ada terang panjang lebar , Taksempat nak screenshot lagi sebab aku memang kurang active dekat facebook * Sejak kebelakangan ni * Hehehe Now aku cuma active dekat Wechat | Twitter | Instagram .
Alang alang cerita pasal ni mai nak promote sat . Hehehe
Twitter - @EhhAmann
WeChat - AmanTitan
Instagram - xoxococot
Hahahahaha * Evil Laugh * Apa salahnya kan ? :P

Well balik pada cerita asal tadi . Semua Universiti yang aku minta my first choice is Diploma in Teaching English as Second Language (TESL ) Sebab apa ? Ya sebab aku minat . Hehehe
To be honest minat yang terlebih over minat sebab ada banyak presentation , lakonan . Pheww
Akak yang promote tu study dekat KPTM Kuala Lumpur , so kalau aku dapat memang boleh jumpa dia la . Kehkeh .

UPSI / UniSZA / UiTM / KPTM / UNITAR / UNISEL / UNIKL Hehehe semua ni aku dah apply .
Tapi so far yang aku dapat cumalah UNISEL . Course dia Diploma in Teaching English as Second Language ( TESL ) Yess tapi takboleh terima tawaran tu . My mom suruh tunggu tawaran dari UniSZA .
Rasa macam taksabar pulak nak sambung belajar , nak merasa bergelar " Student " balik setelah 4 bulan hilang title " Student " Hahaha . Tangan ni menggigil nak pegang pen semula . Pheww 

Lol takjadi nak upload gambar * Line bapak lembab * so nanti lah aku masukkan gambar . Kehkeh .
Yeaa Im sleepy . Gonna sleep sebabnya esok kena teman member pergi UiTM Merbok . Dia ada Interview dekat sana . Untunglah kan . Bukan macam kita apapon takdapat :( Hehehe

Selamat Malam , Assalamualaikum :* Entry kalini berhenti dengan secara mengejuk . Teknik plot takmantap . Permulaan ada , Pertengahan ada , Klimaks takdaa tetiba dah peleraian . Sad Life
Till we meet again . Computer OFF:*

Monday, April 14, 2014

Aneka Cerita :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)
Selamat Pagi :D

Hehehe Dulu kalau waktu ceni mesti ada dekat sekolah tulis karangan , Tapi sekarang menaip saja " Like a Boss " Hehe Tapi selalunya waktu awal awal ceni mesti Subjek Sejarah . Well said aku takpernah suka subjek ni tapi subjek ni sangat suka aku . Hahaha Masa SPM dulu pon aku baca nak taknak ja sejarah ni , Bila Result SPM keluar aku dapat A . Phew Hahaha kalau aku study lagi mesti boleh A+ . Ahh stop
Hahaha semua tu masa lalu blablabla . Takda kaitan dengan hidup yang sekarang :) Actually nak cerita benda lain cena boleh terkeluar topic ni Kahkahkah , Sekian ceramah .

Okay okay ni topic yang sebenar-benarnya . Hahaha sejak MIMI bagi link blog dia dekat aku , Aku takboleh berenti nak play SCM Music Player dia . Kenapa best sangat lagu tu ? Malangnya aku taktau tajuk dia natang :( Pheww mention tanpa ( @ ) MIMI pon dia takbalas . Hehehe Dekat tempat tajuk lagu tu dia cuma tulis '' Halwa Telinga " Ngek aku ingat tajuk lagu tu punya pulun search youtube . Hahaha

Kelmarin petang pi satu Pasaraya ni . Tetiba terdengar lagu tu :3 Pheww tanya habis semua membe sorang pon taktau . What a sad Life . Lalalala nanti tau jugak :P By the way Entry kalini macam takbest ja kan ? Hm

Oleh kerana * Phew Bahasa Malaysia aku hancur gila * banyak hari dah tak update so Entry kalini terpaksa campur aduk la story dia . Hehe takkesah kan ? :P Hehehe . Wey semalam jumpa Farra habaq hang . Dia pakai tudung warna biru . Wu segak . Hehehe Thanks Farra belikan baju Cheetah VII . Sumpah cantik dan muat sangat badan yang KEPENG ni . Hehe Love it .Pandai jugak eh pilih . 

Okay ni story lain pulak . Hahaha Semalam 14April 2014 kan ? Yes batch 96 yang mana apply UPU dah boleh semak untuk temuduga kemasukan Universiti . Sedih sangat Hahaha . Kenapa aku takdapat ? Sengaja latu nak suruh aku stay Form6 . Tapi macam best ja Form6 . Hehehe Aku apply Diploma In TESL - Unisza . Semalam nak semak tapi belum buka laman untuk semakan . 16 April 2014 ni baru bukak that mean esok la . Yess Hahaha Im too excited . Hehe

Semalam pulak dapat khabar angin yang kemasukan Form6 boleh semak guna SMS . Siapa taktau yang ajar aku tu * Mohon terasa * Hahaha Takda lah bukan salah hang pon , Aku yang nak Kehkeh . Phew excited gila aku SMS ( MOE T6 96120207**** ) KE 15888 . Last last takdapat . Hahaha
Semua yang semak satu pon takdapat . Sedap ah telan duit orang . Astagfirullah tak halal buat kerja macam ni sayang . Kalau nak sangat duit bagitau baik-baik . Hehehe By the Way 24hb ni baru boleh semak untuk kemasukan ke Tingkatan 6 . Mohon rezeki aku disitu .

Wah panjang sangat dah aku taip ni , Kalau bagi cikgu mesti dapat 99/110 macam budak tu . Hahaha Well said sampai sini sahaja Entry kalini . Mungkin esok atau lusa akan ada Entry baru . Nantikan :D
Hahaha Selamat Bersekolah / Selamat Bekerja / Selamat Beristirehat batch 96 yang takkerja tu .
Sekian Assalamualaikum :* 



Thursday, April 10, 2014

First Entry :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)
Salam Satu Malaysia 

Hehe Well bertemu lagi kan kita ? Actually ni blog aku yang kedua . Yang pertama tu still ada cuma aku dah lupa password dia -,- Hahaha What a Sad Life . Semangat sangat nak ber-blogger balik lepas tengok MIMI dengan jayanya update blog dia tetiap hari . Hehehe bukan lah niat nak tiru tapi kira macam nak ikut jugak lah . Kehkeh :D 

Tapi kalau nak dibandingkan blog aku dengan blog dia sudah tentu lah aku kalah . Hahaha Bahasa Malaysia dia bagus habaq hang takmacam kita . Lolow apa yang aku merapu ni ? Hm :P 
Sekarang tepat jam 10:00 AM dan baru sahaja selesai create blog ni . Semangat gila gila ni . Hehe

By the way untuk SCM Music Player aku pilih lagu The Longest Film by Shila Amzah . Untuk pengetahuan am anda semua -,- Hahaha Aku peminat paling obses dengan Shila Amzah . Sampai kadang kadang tu Farra pon asyik perli aku sahaja . Kesah ? :P Best kan lagu ni . Aku sampai boleh nyanyi lagu Chinese ni :D 

Hehehe kalau cakap pasal Blogskin pulak aku masih gunakan blogskin yang lama , Sama macam blog yang pertama . Sebab bila teliti dengan sungguhnya aku dapati " Takda satu pon yang semart semart " Phew sakit hati . Nasib lah aku masuh simpan file untuk blogskin yang ini . Hehehe :D

Okay alang alang dah cerita panjang lebar aku nak cerita pasal Result SPM 2013 aku sekali . Heheh bukan nak riak sebab tak bagus mana pon . Hehe sekardar perkongsian . Eh lagipon bukan ada orang baca ponn blog aku . Hahaha Sadlife -,-
20hb March 2013 Menjadi sejarah yang terindah dalam hidup oh . Hehe Haritu semua Batch 96 pergi sekolah ambil Result SPM . Phew aku antara orang yang paling excited Haha . Sampaikan terjaga pukul 3 pagi . Dah alang alang terjaga tu aku terus buat Solat Hajat . Berharap sangat kepada Allah .

Hehe selepas selesai buat solat hajat tu aku terus sambung tidur . Then pukul 9 pagi dah terjaga siap siap pergi sekolah . Phew ramainya . Terharu :P Hahaha Tepat jam 10:00 pagi member member semua pulon pakat hantar mesej untuk buat semakan secara SMS . Pada mulanya aku memang takmau pon semak . Tapi kerana dipaksa berjemaah akhirnya aku akur . Hahaha Aku buat semakan pukul 10 tapi pukul 11:30 baru dapat keputusan . Pheww . 
Nak tau tak keputusan SPM aku cemana ? Hahaha -,- Okay la okay la kita cerita . Aku sangat bersyukur kepada Allah dengan Result aku walaupun kurang membanggakan . Hehe Jelas kelihatan diwajah Mak Ayah . Tapi apapon Result aku dorang terima dengn hati yang terbuka seperti 7E yang yang sentiasa buka 24Jam .
Here we go . Ni Result SPM aku . Jangan ah gelak babe . Tampaq empat kali mau ?

Nama : Muhammad Azman Bin Omar Din ( MHMMDAZMN )
No Kad Pengenalan : 96120207****
Angka Giliran : KM103A075
SPM2013

Bahasa Malaysia : B+
English : B
Mathematics : B+
Science : A
Geografi : A-
Tasawwur Islam : B+
Pendidikan Islam : B+
Ekonomi Asas : B 
Sejarah : A
Kesusasteraan Melayu : A

Yessss I got 3A 1A- 4B+2B ( 4A 6B )

Syukur Alhamdulillah , Actually aku bukan study sangat pon masa nak dekat SPM tu . Hehe jawab pon ikut akal logik . Mungkin rezeki aku . Thanks Allah , Parents , Sibling , Farra , Teacher , Friends . IloveYou all .
Sekian sahaja Entry untuk kali ini . Rasanya dah cukup panjang . Hehe Letih sudah . Pheww
By the way kalau ada ter-typo mohon abaikan anggap sahaja tiada apa apa berlaku .
Wo xi huan ni . ASSALAMUALAIKUM :*