Sunday, October 19, 2014

Our First Date :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Salam Maghrib
7:00PM 19 October 2014

Hehehe Trial sudah habis, Alhamdulillah. Walaupun soalan agak susah tapi apa boleh buat. Semua benda sudah lepas. Ulang suara " Sudah lepas ".
Hehe Harini bukan nak cerita pasal exam, bukan pasal cinta tapi nak cerita tentang 7 Sahabat. 
Emm tertanya-tanya tak benda apa la yang aku maksudkan ?
Sebenarnya kami rancang nak keluar sesama ni dah lama, tapi baru harini ada kesempatan waktu keluar bersama-sama. 

Macam macam tempat rancang nak pergi at last semua decide nak pergi Sunway Carnival. Well kita macam mana pon takpa kan. Hahaha
Pada awalnya, Azrul janji sebelum pukul 10 nak datang rumah, Cis ternyata janji terpesong 360 darjah. Pukul 10:10AM baru sampai.
Semua dah sepakat nak tunggu dekat belakang Apollo Taman Mahsuri, so tak jadi masalah lah bab ni.
Sorang demi sorang sampai.

Kami bertolak dari kediaman tercinta Taman Mahsuri dalam pukul 10:15. Cewah kediaman tercinta hahaha. Sepanjang perjalanan tu everything was in control. Takda sebarang masalah. 
Tepat jam 11 Pagi kami sampai, Eheh sebaik sahaja sampai cepat cepat simpan helmet dalam loker sebab hari macam nak hujan. 
Memang gelap sangat awan pun, Emm.

Should I introduce first siapa 7 Sahabat yang dimaksudkan. 7 Sahabat tu including me la haha. Okay me, Azrul, Amzar, Athira Asyikin, Hanisah, Farhana Rahman, dan juga Ashiken Umirah.
Okay dah kenalkan, Kita skip ya. 

Sebaik sahaja selesai semua urusan dekat Parking tempat pertama kami cari ialah Cinema. 5 Minute sebelum keluar aku sempat post satu status dekat Facebook. Pada awalnya memang rancang nak tengok movie Annabelle, Tapi taktahu macam mana tetiba semua berubah fikiran sebaik sahaja terpandang kotak tayangan " Seventh " Eh kotak tayangan ? Hahaha 

So selepas berbincang semua sebulat suara nak tengok Movie Seventh. Actually movie ni dalam Bahasa Mandarin but who cares, right ? 
Tayangan pertama pukul 11:35 kalau tak salah, tapi semua taknak join tayangan pertama sebab terlalu awal, jadi kami pilih tayangan kedua dalam pukul 1:35PM 






 Jam menunjukkan pukul 11:35AM, Kalau nak tunggu memang lambat lagi, Tapi memang itu yang kami mahu pun. Semua perut dah mengeroncong tak tentu pasal. Hahaha jadi semua decide nak makan dulu. Yes apa jua keadaan memang perlu isi perut dulu. 

Masing masing dengan pilihan sendiri. Aku pilih Nasi Goreng USA. Nak cakap tak sedap, tipu sangat lah. Memang sedap sangat. Tapi aku jealous tengok Nasi Goreng Cili Api yang Athira order. Macam sedap gila-gila ja. Hahaha
Minuman pulak aku pilih Juice Apple. Maaf ya kawan kawan taksempat nak snap gambar makanan. Eheh dah memang jadi keperluan teenagers nowaday bila nak makan akan ambil gambar terlebih dahulu.

Selesai makan, masing-masing ada hala tuju sendiri. Eheh tempat pertama yang kami tuju ialah Popular. Eheh aku tak dapat kawal nafsu aku.
Akhirnya sebuah buku ber " genre " seram berjaya aku tawan.
Hahaha sekali pandang memang dah berminat nak beli. Tajuknya " The Lost World " Aku tak mampu nak cerita lebih panjang, kerana sampai detik ini aku belum sentuh buku tu. Hahaha beli hanya kerana Nafsu. 
Ah nevermind later kalau free I baca lah :/ Emm

Hampir setengah atau satu jam berada di popular. Azrul, Hanisah dan Ashikin sedang asyik dengan kerusi urut mereka. Haha kedudukannya tidak jauh dari popular, hanya sejengkal sahaja. Cis hahaha.
Dari jauh lensa aku berjaya menangkap satu susuk badan yang sedang bersila betul betul di hadapan rak buku.
Hahahaha tidak mengapa, Saya memahami situasi anak kecil ini. 
Mungkin saja sedang asyik membelek buku yang berjaya menangkap perhatian dia. Eheh

Pusing punya pusing at last jam dah pukul 1:25PM, Dan masa itu jugaklah tetiba semua rasa nak pergi tandas. Hahahaha kemain laju jalan.
Sebaik sahaja selesai semua urusan kecil tu, ehehe terus pergi beli Popcorn.
Emm jam menunjukkan 1:30PM so dengan kadar segera kami memanjangkan urat-urat kaki berlari dengan harapan tidak ketinggalan walau sesaat.

Sebelum movie bermula, Aku tertanya-tanya siapa yang akan duduk di sebelah aku. Dalam beberapa second, datang 3 orang Chinese melabuhkan punggung di bahagian kanan tempat duduk aku. Seorang ayah bersama dua orang anaknya :) Okay lemme cerita kan sedikit sebanyak apa yang aku dapat dari Movie Seventh ni.

Eheh pada awalnya, memang semua ingat Movie Seventh ni bukan Malaysian punya Movie. Dan aku juga telah terpedaya. Movie Seventh ni menggabungkan pelakon pelakon terhebat dari Singapore, China dan Malaysia. Maaf jika fakta ini tidak betul, Tapi berdasarkan apa yang aku baca di Google memang ini lah kenyataan nya. Aku start sedar yang movie ini " Malaysia " when they talked about " Hantu Susu. Hahaha

Tulus aku cakap, you guys patut cuba sendiri pergi dan tengok Movie ni. Walaupun dalam bahasa Mandarin, tapi movie ni sangat seronok.
Tak kering gusi dibuatnya. Unsur seram digabungkan dengan komedi.
2 Jam berlalu tanpa disedari. Its time to angkat punggung and belah dari situ. Hahaha Selesai sahaja habis movie tempat pertama dituju ialah toilet. Wah penuh dengan manusia. 

Skip tentang tandas dan beralih kepada bahagian baru. Eheh teknik penceritaan aku harini agak kurang bagus. Emosi aku telah lama disakiti. Cewah copy paste frasa Bahasa Melayu.
Okay lupakan, 2 jam berada di dalam panggung membuat kan semua berasa lapar. Like seriously lapar sangat. Hahaha
So we decide untuk pergi Sushi King.

Pada awalnya ada dalam kalangan kami yang tidak setuju untuk makan di Sushi King kerana tidak tahan dengan bau nya. Tetapi selepas beberapa paksaan dilemparkan, Akhirnya mereka mengalah. Hahaha
Jadi kami semua terus masuk tanpa menghiraukan jumlah wang yang ada di dalam wallet masing-masing.
Sebaik sahaja sampai, kami terus melabuhkan punggung di set meja bernombor 5. 

Buku menu diselak satu demi satu. Pilihan jugak telah pon dibuat. Pada awalnya aku teringin nak makan Mixed Bento. Tapi sebaik sahaja terlihat keindahan rupa Ramen minda aku terus berubah citarasanya. Hahahaha Salah seoang dari rakan kami memang teringin sangat nak makan Wasabi. Hahaha
Permintaan nya kami penuhi. Hahaha dab mereka sendiri mengaku ini merupakan kali terakhir mereka untuk makan di Sushi King. Hahaha

Okay lemme updload gambar makanan yang telah disantap dengan rakusnya, Hahahaha.






Permandangan dari sudut meja 5.


Inilah Ramen yang aku maksudkan tadi. Nampak sedap, bukan ? Rasanya tidak ubah seperti Meggi Rebus buatan sendiri. Tapi harga dia di Sushi King agak mahal. Hehehe RM13. Aku memang teringin nak makan benda ni. 
Dalam katun jepun banyak menunjukkan makanan seperti Ramen. 


Untuk pencuci mulut aku pilih Aiskrim ni. Taktahu nama dia apa entah dah lupa. Harga cuma RM4. Dan rasanya sangat sedap. 




Ahah malu-malu pulak nak bergambar. Nampak tak gaya aku makan. Kahkah 
Ini merupakan kali kedua aku menggunakan Chopstick. Cara menggunakannya takdalah terlalu rumit. Pretty Easy.

Hahahaha suasana di Sushi King mungkin bertambah meriah dengan kehadiran kami, Satu demi satu adengan yang berjaya mentertawakan diri sendiri. 
Hahaha lensa aku hanya sempat menangkap salah seorang sahabat aku menggunakan Chopstick. Hahaha 
Hampir setengah jam berada di Sushi King, tiba masa masa untuk pulang. 
Ops korang jangan risau makanan di Sushi King takdalah terlalu mahal.
All together harga yang kami order seperti gambar di atas hanya RM60.
Dan you all boleh bawak balik chopstick tu tanpa pengetahuan pekerja Sushi. Hahaha bergurau. 

Hahaha Selesai bab makan kali kedua. But perut aku masih lapar. Dengan nada seperti merayu aku menyebut " Subway Subway Subway " Tapi takda seorang pon yang mengendahkan rayuan aku. Hahaha
Wallet masing-masing makin menipis agaknya. Hahaha Termasuk aku.

Di hadapan Sushi King tu ada Lif. And mereka semua macam " Weh jom naik Lif pulak, Asyik naik eskalator " Hahaha betul kah aku eja ? Abaikan.
Pada awalnya, ada dua tiga orang yang tidak setuju termasuk aku. Sebab bila naik lif ni rasa macam nak pengsan pon ada. Hahaha fening hokeh.
Pujuk punya pujuk at last semua terpaksa akur dengan merelakan hati naik lif. Hahahaha

Masing-masing nak tunjuk hero dengan menunjukkan kepintaran menggunakan lif. Cubaan pertama untuk naik ke tingkat tiga gagal apabila lif yang dinaiki kami turun ke tingkat di bawah sekali. Hahaha
And suddenly masuk seorang lelaki Chinese dan memandang rapat setiap pengerakan kami. Hahaha Cubaan kedua turut terpesong. Lif kami masih berada di tingkat yang paling bawah.

Then entah macam mana, Lelaki Chinese tadi tekan button dan lif tersebut berjaya dikawal baik.
Hahaha situasi ini tidak mematahkan semangat Amzar dan Azrul. Akhirnya cubaan kali ketiga berjaya membawa kami ke tingkat yang hendak dituju.
Walaupun tempat yang dituju itu hanya satu tingkat daripada Sushi King.
Hahaha akhirnya semua akur untuk naik Eskalator.

Hehehe tiba masa untuk pulang ke lubuk masing-masing. Masa nak bayar duit parking tu cuba masukkan kad. But card yang kami tak boleh guna. Mungkin Azrul terlipat atau terkena air. Card sahabat yang lain semua okay kecuali Card Azrul. Hahahaha

Agak menggeletar sedikit. Akhirnya ternampak Pak Guard yang aku sendiri tak tahu asal usulnya. Nampak macam Malaysia tapi bila cakap kalah Bangladesh.
Dia sekadar mengiya-iya sahaja. 
Entah macam mana, datang lagi seorang Pak Guard dan dia bagi Card yang baharu. Wah Alhamdulillah. Lega rasanya.
Kami berjaya juga keluar dari situ.

Hujan mula turun sedikit demi sedikit. Pergerakan motor juga terpaksa dikawal supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Perjalanan pulang sangat indah apabila laluan yang dipilih adalah menuju ke kampung halaman aku. Hahaha satu demi satu sejarah lama aku cerita dekat Azrul. Walaupun dia sedang fokus memandu, aku tetap tidak mengendahkan. Hahaha

Sebaik sahaja sampai di Padang Ibu hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan motor yang kami naik berada di bahagian belakang sekali. Suddenly Amzar dan yang lain berhenti secara tetiba, Situasi ini membuatkan motor yang kami pacu terpaksa brek dengan tiba-tiba. Keadaan jalan yang basah membuatkan motor yang kami naik hampir jatuh. Hahahaha
Tentunya ini merupakan detik cemas jugaklah hahaha.

Kami berhenti di sebuah kedai bersebelahan dengan kedai Gunting Rambut. Nasiblah kedai tu tak buka, Jadi ada jugaklah tempat untuk berlindung.
Sebaik sahaja hujan reda, kami meneruskan semula perjalanan. Ehehe
Sampai dekat Tasek Gelugor tetiba nampak ada orang jual nasi lemak.
Aku terus panggil " Nasi Lemak Nasi Lemak " dengan harapan mereka akan berhenti. Malangnya lagi sekali permintaan aku tidak diendahkan hahaha. 

Tetiba tidak mengapalah, dengan berbekalkan air hujan sudah cukup mengenyangkan badan aku. Kehkeh. Perjalanan pergi dan pulang Alhamdulillah selamat dan tiada sebarang masalah.

Sudah tentu ini merupakan detik-detik yang kami tunggu selama ini, Banyak kali sudah merancang tapi baru kelmarin dapat kami tunaikan. Alhamdulillah, Terima Kasih kepada 7 Sahabat yang susah senang bersama, yang telah "made my day" gituh hahaha. Terima Kasih jugak kepada pembaca yang sudi menghabiskan setiap baris sehingga lah sini.
Diharapkan pada masa akan datang, kita dapat luangkan masa lagi bersama-sama. Terima Kasih

Dan one more ! Dikesempatan ini juga, aku nak minta maaf kepada salah seorang sahabat aku, Mungkin kerana kedegilan aku mengupload gambar di Wechat telah menyebabkan berlaku huru-hara semalam. Aku betul betul minta maaf atas sikap degil aku ni. 
Dan kerana itu jugak lah, aku berusaha sehabis baik untuk tidak mengupload mana mana gambar mereka di sini. Cukuplah sekadar gambar makanan dan aku sahaja. 
Terima Kasih dan Minta maaf lagi sekali :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :*












Wednesday, October 15, 2014

Minggu Exam : SMK Taman Mahsuri

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Malam
10:58PM 15 October 2014

Apa khabar orang kampung ? Kehkeh  Rasanya dah lama kan takda sebarang Entry baharu. Untuk pengetahuan anda semua la kan, minggu ni merupakan minggu exam. Nak kata busy nampak sangat menipu. Button hijau di Facebook sentiasa menyala gituh. Kahkah Nak cakap aku tak baca buku pun sebenarnya tidak. Okay abaikan.

Sebenarnya exam start Hari Isnin yang lepas, tapi baru harini aku ada masa nak mengadap laptop menghabiskan masa-masa berharga. Haih apa nak jadi ni ? Okay hari ahad yang lepas jugak aku terlibat dengan Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu. Kedudukan aku yang terlalu dibelakang membuatkan susah untuk menumpukan sepenuh perhatian. 
Walaupun tak beri tumpuan sepenuhnya tapi aku tetap dapat sedikit sebanyak input-input penting. Dan telah pon aku aplikasikan semuanya dalam karangan Bahasa Melayu baru-baru ini.
Sekejap, kenapa bahasa aku teruk sangat ? 

Hari Isnin tu aku cuma ada exam Bahasa Melayu sahaja. Exam start dalam pukul 11:10 kalau tak salah, Jadi awal pagi tu melepak dekat kantin sambil mengulangkaji katanya. Nak cakap study sangat-sangat tak jugak. Hahaha
Punca utama dia hanya satu. Handphone. Kenapa nafsu dalam diri ni susah nak kawal. Kehkeh malam sebelum exam tu memang dah bertekad nak letak handphone jauh-jauh. Tapi apakan daya kuasa Wifi berjaya melemahkan semangat Sang Pejuang. Hahaha

Sebenarnya aku rasa tak selesa dengan bahasa aku. Abaikan

Soalan Bahasa Melayu nak cakap susah tak susah, senang tak senang, dan yang paling aku menyesal ada dua tiga kesalahan yang tak sepatutnya aku buat. Punca dia kesuntukan masa. Like seriously dari ujian satu sampai sekarang aku takpandai nak bahagi masa jawab paper Bahasa Melayu.
Seteghes bak kata najat.

Second day ada exam Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Subjek yang paling aku minat sepanjang belajar tiga tahun. Aku ada cita-cita nak hasilkan cerita gituh tapi aku takmampu. Serious cakap aku takmampu. Bukan kerana malas, bukan kerana faktor lain. Sebab dia cuma satu. Aku kurang membaca. Minda kosong. Tak mampu nak kaitkan sesuatu sebab takda pengetahuan.
Tudia buka aib sendiri hahaha. 
Balik pada cerita asal, Paper Kesusasteraan Melayu Komunikatif was easy. Tapi mungkin takdapat capai A. Kehkeh

Paper Kesusasteraan Melayu Komunikatif ni juga start pukul 11:10. Jadi pagi tu memang sempat ulangkaji semua bab. Duduk pulak dekat kantin. Asyik nampak makanan ja. Nafsu semua tu. Nasib iman kuat haha.

Third day ( Hari Rabu ) bersamaan hari ini lah paper Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan. 
Sekejap lagi mungkin aku akan share entry ni dekat Facebook, kebetulan Cikgu Pengajian Am friend dengan aku. Andai kata Cikgu baca memang " Saya nak minta maaf sangat sangat " 

Saya bukan tak baca buku. Secara jujurnya, hampir setengah mati gituh malam sebelum exam tu. Dan satu lagi, tak sepatutnya Paper Pengajian Am digabungkan dalam satu hari dengan Pengajian Perniagaan. 
Hahaha takpalah, apapon result nanti cuba untuk ikhlas.

Berbalik pada paper Pengajian Perniagaan pulak, kelima-lima bab aku baca malam tu. Dari bab satu sampai bab lima tapi kenapa aku takboleh nak jawab. Ada la beberapa soalan yang senang dan mampu aku jawab,
Alat kawalan Kualiti. Hahaha pasti cikgu akan stress dengan jawapan aku.
Aku memang tak boleh nak refresh dah otak pasal Alat Kawalan Kualiti tu, dan akhirnya aku masukkan rumus SWOT. Hahaha
Full satu page tu walaupun aku tahu akan dapat KOSONG !

Orang tua selalu pesan " Benda yang lepas jangan dikenang " Lagipun masih ada dua paper yang akan aku ambil esok pagi. Muet Writing and Reading.
Jangan cakap aku tak baca buku, sebelum aku menaip semua ni aku dah baca. Hahaha boleh percaya kan. Puih

Aku tak berharap sangat nak dapat result yang cemerlang.Tapi aku sangat berharap Pengajian Am aku boleh lulus. Walau sehebat mana pun result subjek yang lain tetap akan cacat kalau paper Pengajian Am gagal.
InshaAllah dengan izin Allah, harap dapat memperbaharui rekod ujian satu yang dapat sekadar cukup makan. ( 2.42 pointer )
Masih tak cukup sebenarnya tapi apa boleh buat.

Okay kepada semua students Lower Six Pusat Tingkatan Enam Mod 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri buat yang sehabis baik dalam peperiksaan percubaan ni. Hahaha walaupun agak terlambat bagi ucapan tapi anggap sahaja masih boleh diterima. 
Kepada Classmate PURK 6 good luck untuk paper esok ya. 
Speechless. Rasanya sampai sini sahaja kot Entry kalini.
Terima Kasih kerana sudi membaca.

p/s : Sekirannya terdapat sebarang kesalahan ejaan atau struktur ayat anggap sahaja " Azman pandai mengeja " yang tak pandainya keyboard ni.

Assalamualaikum Warahtullah Hiwabarokatuh :)