Wednesday, October 15, 2014

Minggu Exam : SMK Taman Mahsuri

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Malam
10:58PM 15 October 2014

Apa khabar orang kampung ? Kehkeh  Rasanya dah lama kan takda sebarang Entry baharu. Untuk pengetahuan anda semua la kan, minggu ni merupakan minggu exam. Nak kata busy nampak sangat menipu. Button hijau di Facebook sentiasa menyala gituh. Kahkah Nak cakap aku tak baca buku pun sebenarnya tidak. Okay abaikan.

Sebenarnya exam start Hari Isnin yang lepas, tapi baru harini aku ada masa nak mengadap laptop menghabiskan masa-masa berharga. Haih apa nak jadi ni ? Okay hari ahad yang lepas jugak aku terlibat dengan Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu. Kedudukan aku yang terlalu dibelakang membuatkan susah untuk menumpukan sepenuh perhatian. 
Walaupun tak beri tumpuan sepenuhnya tapi aku tetap dapat sedikit sebanyak input-input penting. Dan telah pon aku aplikasikan semuanya dalam karangan Bahasa Melayu baru-baru ini.
Sekejap, kenapa bahasa aku teruk sangat ? 

Hari Isnin tu aku cuma ada exam Bahasa Melayu sahaja. Exam start dalam pukul 11:10 kalau tak salah, Jadi awal pagi tu melepak dekat kantin sambil mengulangkaji katanya. Nak cakap study sangat-sangat tak jugak. Hahaha
Punca utama dia hanya satu. Handphone. Kenapa nafsu dalam diri ni susah nak kawal. Kehkeh malam sebelum exam tu memang dah bertekad nak letak handphone jauh-jauh. Tapi apakan daya kuasa Wifi berjaya melemahkan semangat Sang Pejuang. Hahaha

Sebenarnya aku rasa tak selesa dengan bahasa aku. Abaikan

Soalan Bahasa Melayu nak cakap susah tak susah, senang tak senang, dan yang paling aku menyesal ada dua tiga kesalahan yang tak sepatutnya aku buat. Punca dia kesuntukan masa. Like seriously dari ujian satu sampai sekarang aku takpandai nak bahagi masa jawab paper Bahasa Melayu.
Seteghes bak kata najat.

Second day ada exam Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Subjek yang paling aku minat sepanjang belajar tiga tahun. Aku ada cita-cita nak hasilkan cerita gituh tapi aku takmampu. Serious cakap aku takmampu. Bukan kerana malas, bukan kerana faktor lain. Sebab dia cuma satu. Aku kurang membaca. Minda kosong. Tak mampu nak kaitkan sesuatu sebab takda pengetahuan.
Tudia buka aib sendiri hahaha. 
Balik pada cerita asal, Paper Kesusasteraan Melayu Komunikatif was easy. Tapi mungkin takdapat capai A. Kehkeh

Paper Kesusasteraan Melayu Komunikatif ni juga start pukul 11:10. Jadi pagi tu memang sempat ulangkaji semua bab. Duduk pulak dekat kantin. Asyik nampak makanan ja. Nafsu semua tu. Nasib iman kuat haha.

Third day ( Hari Rabu ) bersamaan hari ini lah paper Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan. 
Sekejap lagi mungkin aku akan share entry ni dekat Facebook, kebetulan Cikgu Pengajian Am friend dengan aku. Andai kata Cikgu baca memang " Saya nak minta maaf sangat sangat " 

Saya bukan tak baca buku. Secara jujurnya, hampir setengah mati gituh malam sebelum exam tu. Dan satu lagi, tak sepatutnya Paper Pengajian Am digabungkan dalam satu hari dengan Pengajian Perniagaan. 
Hahaha takpalah, apapon result nanti cuba untuk ikhlas.

Berbalik pada paper Pengajian Perniagaan pulak, kelima-lima bab aku baca malam tu. Dari bab satu sampai bab lima tapi kenapa aku takboleh nak jawab. Ada la beberapa soalan yang senang dan mampu aku jawab,
Alat kawalan Kualiti. Hahaha pasti cikgu akan stress dengan jawapan aku.
Aku memang tak boleh nak refresh dah otak pasal Alat Kawalan Kualiti tu, dan akhirnya aku masukkan rumus SWOT. Hahaha
Full satu page tu walaupun aku tahu akan dapat KOSONG !

Orang tua selalu pesan " Benda yang lepas jangan dikenang " Lagipun masih ada dua paper yang akan aku ambil esok pagi. Muet Writing and Reading.
Jangan cakap aku tak baca buku, sebelum aku menaip semua ni aku dah baca. Hahaha boleh percaya kan. Puih

Aku tak berharap sangat nak dapat result yang cemerlang.Tapi aku sangat berharap Pengajian Am aku boleh lulus. Walau sehebat mana pun result subjek yang lain tetap akan cacat kalau paper Pengajian Am gagal.
InshaAllah dengan izin Allah, harap dapat memperbaharui rekod ujian satu yang dapat sekadar cukup makan. ( 2.42 pointer )
Masih tak cukup sebenarnya tapi apa boleh buat.

Okay kepada semua students Lower Six Pusat Tingkatan Enam Mod 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri buat yang sehabis baik dalam peperiksaan percubaan ni. Hahaha walaupun agak terlambat bagi ucapan tapi anggap sahaja masih boleh diterima. 
Kepada Classmate PURK 6 good luck untuk paper esok ya. 
Speechless. Rasanya sampai sini sahaja kot Entry kalini.
Terima Kasih kerana sudi membaca.

p/s : Sekirannya terdapat sebarang kesalahan ejaan atau struktur ayat anggap sahaja " Azman pandai mengeja " yang tak pandainya keyboard ni.

Assalamualaikum Warahtullah Hiwabarokatuh :)


No comments:

Post a Comment