Thursday, September 25, 2014

SCHOOL TRIP : USM & PENANG HILL

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Pagi.
9:36 AM , Jumaat

Eheh agak lama jugak blog ni takda entry baharu. Bukan kerana sibuk, bukan kerana tiada masa. Sebabnya takda story yang gempak nak dikongsikan. Okay ayat aku pon dah macam tunggang-langgang. Okay berbalik kepada cerita asal, nampak kan tajuk dia. Eheh kelmarin bersamaan 25HB September 2014, pihak sekolah SMK Taman Mahsuri telah mengadakan satu lawatan sambil belajar. Eh belajar ke ? Emm entah lah lebih kurang macam tu lah agaknya. Kami dibawa ke USM Penang dan Penang Hill ( Bukit Bendera )

Okay malam sebelum pergi tu aku dah set alarm pukul 5:30AM. Hahahah bangun awal semata-mata nak cas handphone. Okay tetiba krik krik. Hahaha faham faham jelakan. Guess what, baju yang aku nak pakai tu bila iron still akan bekedut. Taktahu kenapa hampir setengah jam iron still sama. Mungkin baju baru beli memang macamtu kot. Kalau orang yang taktahu mesti dia akan kata " Budak ni malas, taktahu nak strika baju dulu" Damn. Hahaha

Macam mana pon keadaan baju tu aku terpaksa pakai, Hahaha alih-alih dah jam 6:15AM. Aku terus pergi mandi dan siap-siap untuk ke sekolah. Sebabnya semua pelajar kena berkumpul pada jam 7:00AM. So dalam pukul 6:40AM si Azrul ni hantar mesej " Weh, hang pergi dulu, aku cas handphone tak penuh lagi " Hahaha okay aku pon pergi sorang. Cehh memang selalu aku pergi sesorang pon sekolah.

Sebaik sahaja sampai, member-member yang lain taksampai lagi pon, Cis takguna kenapa aku excited sangat sampai awal. Then taksampai berapa minute Farhana pulak sampai.Alhamdulillah Hahaha so lepas semua dah sampai kami ke kantin ambil nasi lemak. Eheh aku takda selera nak makan, So aku SIMPAN nasi lemak tu kehkeh. 
Tepat jam berapa tah pengetua dah seru suruh beratur di tapak perhimpunan mengikut bas masing masing. Aku bas number 7. Ehehe boleh kita skip terus cerita tentang ni, sebab takda yang menarik. Ehehe Opss lupa nak bagitau, pelajar lain semua naik Bas Express but us naik Bas Sekolah. Nevermind dalam dia still sama dengan bas express.

Sepanjang perjalanan tu aku cuma dengar lagu. Well dalam handphone aku pon semua lagu Mandarin so takdalah member nak berebut nak pinjam bagai. Hahahaha Untung sangat. Baru sampai Tasek Gelugor makanan dah pakat habis dah. Dorang makan kemain banyak. Mulanya tempat duduk aku agak kebelakang, sebab masuk lambat damn. Hahaha then aku tukar dengan Fahmi. Hahaha Emm rasanya cerita ni pon kena skip, takda yang menarik kehkeh //

Then dalam beberapa jam kemudian kami sampai ke Destinasi iaitu USM, Nak kata excited takdalah excited sangat. " Sedang-sedang " sahaja. Sebaik sahaja sampai terus ke dewan em dewan apa tah . Dah lupa nama dia . So nevermind, cantik dewan dia. Berhawa dingin serba lengkap. Hahaha moment yang paling best, sebaik sahaja duduk masing-masing pakat keuarkan monopod segala bagai. Haha Eh termasuk aku. Kehkeh bukan selalu kan kita dapat lalui semua ni.

One by one taklimat diberikan, aku macam focus tapi otak dan jiwa bukan dekat situ, Kehekeh selesai semua taklimat kami terus ke Cafeteria Harapan untuk makan tengahari. Agak jauh jugaklah perjalanan dari Dewan yang tadi ke Cafeteria Harapan, But nevermind lapar punya pasal lautan api sanggup ku redah. Cewah hahaha. Aku cuma makan nasi putih plus ayam goreng. Harga okay-okay ja. Takda lah mahal sangat. Amzar also makan nasi putih. Si Azrul makan Nasi Ayam, Hahahaha sup dia yarobbi. Bukan nak kata tapi hakikat. Rasa macam minum air masak. Agaknya makcik tu terlupa letak garam gula kot. Kehkeh 

Selesai makan nak kena bergerak ke Pusat Islam pulak, Hahaha sumpah jauh jalan yang kami lalu tu. Damn ! Pada awalnya tanya akak melayu sorang ni dimana Pusat Islam, but dia pon taktahu. So jalan punya jalan kitorang tanya akan Chinese ni pulak. Guess what dia tunjuk jalan ke Pusat Islam dengan betul . Hahaha nice. Si Ashiken ni jalan mata letak belakang agaknya, Haha hampir saja jatuh longkang. Secara tidak segaja aku terpegang tangan dia, Bukan sengaja okay. Aku nak selamatkan. Muaheheh. Then sepanjang jalan tu pakat gelak ramai-ramai. 

Lebih kourang 20 minute berjalan baru kami sampai dekat Pusat Islam, Masa sampai tu orang dah start sembahyang. Aku, Amzar, Azrul cepat cepat ambil wudhuk. Like seriously Masjid superb. Cantik gilo. Masa solat tu sebelah aku budak USM jugak, Muahaha selesai sembahyang semua kena berkumpul di depan Pusat Islam termasuk non-muslim and termasuk " Mereka " Hhaha agak-agak mereka tu siapa ? 
Aku baru perasan dekat USM ni banyak pelajar dari nigeria hat black black. Well nama pon APEX University kan. Untunglah. Mat Salleh pon ada.
Lebih kurang 20 minute jugak lah tunggu bas depan Pusat Islam ni.

Hahaha actually bosan, tapi disebabkan ada " Mereka " berdekatan dengan aku terus tak rasa bosan Hehe. Sebenarnya " The best moment is when staring at them, them already stare at you " Macam tulah yang rasa. Kehekeh
Okay fullstop hahaha tepat jam 2:10 PM semua bergerak ke depan sebab bas dah sampai. Muhehe time to say GoodBye USM :( 
Sehingga berjumpa lagi di masa hadapan.




Next Destination : Penang Hill 

Inilah detik-detik yang ditunggu oleh semua orang termasuk aku. Heheh Here we go Penang Hill. Alhamdulillah cuaca mengizinkan kami untuk sampai ke sana. Perjalanan dari USM ke Penang Hill agak jauh jugak lah. 
Dalam bas tu excited benar bila nak sampai, bila nak sampai. Hahaha

Then selepas beberapa minute kemudian, kami selamat sampai ke Penang Hill. Tempat ini agak popular dalam kalangan pelancong asing, Apa yang boleh aku katakan, agak ramai pelancong dari luar negara yang datang ke sini especially pelancong dari negara Arab dan Barat. 

Untuk menaiki cable car tu kitoorang kena tunggu, Umph orang sangat ramai. Selfie tu dimana-mana sahaja ada. Semua orang sibuk dengan gadget masing-masing. Sebaik sahaja tiba giliran kami, masing-masing melangkah dengan tenang masuk ke dalam cable car tu . Ehh cable car ke ? Oh nevermind.
Apa yang boleh dibanggakan aku dapat duduk di sebelah Minah Salleh. Haha 

Perjalanan menaiki cable car tu rasa nya dalam sepuluh minute sahaja kot untuk sampai ke puncak Bukit Bendera. Sebaik sahaja, semua keluar dengan muka terharu. Haha terharu la sangat kan. Actually aku tak banyak ambil gambar, sebaliknya aku banyak ambil video guna meipai app. More interesting. Tapi sayangnya terlupa nak ambil video " Mereka " sedangkan duduk bersebelahan. Nevermind next time can also. 

Sebaik sahaja sampai, kami terus pergi dekat tempat orang kuncikan mangga hati apa kebenda entah. Hahaha nak beli tapi kita takda someone special. Yang ada dalam hati ni cuma " Mereka " Wadasad Life. 
Hahaha tapi tapi tapi takpalah. Haha seriously pergi ke sana tanpa melawat semua tempat adalah sangat merugikan.
Jadi, kitorang naik kereta pelancong yang telah disediakan. Bayaran dikenakan sebanyak RM30. 
Kami pergi berlima so seorang kena bayar RM6. Walaupun pada dasarnya nampak agak mahal kan, tapi hakikatnya sangat berbaloi . Ulang suara Sangat Berbaloi ! Rugi pada siapa yang tidak mencuba. 

Sebenarnya memang nak kongsi kan gambar dengan anda semua, tapi sayangnya gambar tersebut ada dalam handphone si Azrul. Nevermind nanti aku kongsikan gambar yang lain. Hahah jangan risau.
Pak Cik driver itu seorang melayu dan sangat peramah.
Dia lah tukang cerita, dia lah driver, dia lah yang mengambil gambar kami.

Satu hentian demi satu hentian kami singgah untuk mendapatkan gambar yang indah. Tak sangka dapat jumpa dengan Najat and the Geng atas puncak sana. Hahaha so excited. Sedang asyik menghayati permandangan tetiba nampak anak tenggiling. Like seriously ? Ya anak tenggiling.
Pakcik tu suruh kami ambil bawak balik hahaha , No la nanti mati kesian pulak.

Pada yang mahu berjimat cermat boleh berjalan kaki, Tapi rasaya naik kereta lebih afdal dan menyenangkan, yedop ? Okay lemme upload our " Selfie "




Inilah yang aku maksudnya kereta pelancong tu, seronok bukan ? Tambah-tambah dapat duduk di tempat belakang. Oh indahnya ciptaan Allah. 

Actually kami tak dibenarkan untuk masuk ke Markas Tentera, jadi kami diminta untuk kembali u-turn. Eh apa yang aku cakap ni ahahaha ayat tunggang-langgang cause I'm only human. Sebenarnya ada banyak lagi gambar dekat atas puncak ini tapi rasanya ini pon dah cukup memadai, bukan ?

Lebih kurang 30 minute kami berada di atas sana, sampai lah masa untuk mengakhiri pengalaman yang indah ini hahaha cewah. Sebenarnya buka senang nak dapat merasai semua ini, jadi apa salahnya kalau kita spend sedikit masa dan wang untuk merasai keindahan ciptaan Allah. 

Masa nak turun kereta tu rasa sedih ja sebabnya masih takpuas lagi. Hahaha tapi apakan daya. Then kami terus pergi dekat tempat Love Lock. Masa ni aku ternampak " Mereka " benar benar close dengan aku. 
Dia sangat sempurna dimata aku. Damn cukuplah haha fullstop

Okay layan pulak gambar gambar semua ni. Ehehe





Hahaha gambar ni paling best, sebabnya mula nak ajak dorang selfie ramai ramai dengan bebudak ni,Tapi segan pulak. So cepat cepat keluarkan monopod lepastu snap. DONE ! Hahahaha 

Nampak tak pasangan couple mat salleh di belakang. Eheh finally dapat jugak masukkan mereka sekali dalam our picture. Hahaha



Semua ni merupakan pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan. Tidak ada dijual beli di pasaran. Seterusnya kami pergi jalan-jalan di sekitar bukit bendera. Apa yang menariknya apabila dapat melihat wajah kegembiraan pelancong asing.

Selepas puas pusing semua tempat, perut pun dah memberontak kelaparang. So kitorang pergi Cafeteria untuk beli makanan, Tapi takmakan pon kehkeh. Cuma beli manggo juice. Harga nya sangat mahal hahaha RM6 uols tapi sangat berbaloi. Sedap ! 

Dalam pukul 4:45PM kami decide nak turun bawah dah, taklarat nak jalan jalan lagi. So turun lah dengan hati yang sangat pilu. Cewah sedih terpaksa tinggalkan tapak kaki disitu, yang dibawa balik hanyalah kenangan.
Pada awalnya, kami disuruh tunggu untuk turn kedua turun kebawah. Sebabnya cable car yang pertama dah penuh. 

Tapi tetiba dia cakap boleh masuk lagi, pakat lari semua masuk. Hahahaha aku orang pertama masuk, Bila pandang belakang kawan-kawan yang lain takda, Dorang takmau naik. Eh aku kata " Mampus dah ! Dengan aku sorang " Lepastu pakcik guard tu paksa jugak dorang naik. Fuh lega sedikit.
Tapikan Azrul sorang saja terlepas cable car. Hahaha dia kena naik yang third round. Kesiannya dia. Hehehe

Alhamdulillah kami selamat sampai ke bawah. Turun dengan penuh kesedihan. Eh ko dah kenapa ? Hahaha Time to say GoodBye Penang Hill. Kami berjalan melangkah ke tapak letak kereta, Eh bas hahaha.
Jauh jugak bas ni parking, dengan letihnya. Wah tapi sangat seronok.
Sebaik sahaja sampai tempat parking tu yang ada dalam bas cuma dua orang baru. Kehkeh untunglah kami sampai awal. Sebelah kiri bas kami bas number 4 kelas PURK1. Yeah sempat jugak lah aku tengok.

Sepanjang atas bas tu aku cuma dengar lagu Mandarin aku sementara tunggu semua pelajar penuh.Sementara tu sibuk membelek gambar gambar yang diambil semasa di atas bukit bendera.  Bas number 4 bas yang pertama balik ke sekolah. Kehkeh after a few minute bas 4 pergi baru bas kami pergi. Kiranya second bus yang pergi. Bangga tak? Hahahaha

Pakcik bas tu bukan cerita orang Asli. Hahaha sumpah best walaupun aku tak dengar apa yang dibualkan. Perjalanan pulang agak suram, mungkin terlalu letih. Ada yang tidur, ada yang masih makan, ada yang bermain dengan gadget, ada yang muntah. Macam macam ragam manusia yang aku dapat lihat.
Hahahaha tepat jam 6:50PM kami selamat sampai ke sekolah. Alhamdulillah. Sebaik sahaja sampai, bas 4 dah beransur pulang. Pelajar yang lain juga masing masing bergerak pulang. Sebenarnya inilah pengalaman yang paing beharga buat kami semua.

Terima Kasih Cikgu, Terima Kasih kawan-kawan, Terima Kasih " Mereka " made my day. Dan Terima Kasih kepada pembaca semua. Tujuan cerita ni dipaparkan atau dikongsi disini semata mata untuk dijadikan kenangan. Yeah nevermind. Haahaha aku dah letih menaip. Hahah terima kasih semua,
Have a nice day. Jumpa Ahad ni ya kawan-kawan.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiawabarokatuh . 



2 comments: