Tuesday, February 17, 2015

Keputusan STPM Penggal 1

Hai Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh ")
Selamat Petang.
6:52PM Tuesday 17th February 2015



Result STPM Penggal 1 ? Ada yang tidak mahu ditanya, ada yang belum ditanya sudah beritahu. Bergantung kepada result yang mereka dapat. Sebenarnya keputusan STPM Penggal 1 baru diumumkan semalam bersamaan 16 February 2015. 

Perasaan berdebar tu tidak sehebat debaran sewaktu menanti keputusan SPM. Ya sangat berbeza. Sebenarnya, sebaik habis sahaja semua peperiksaan, Aku begitu yakin boleh dapat at least 2A 2B. A for sure untuk subjek Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan. B untuk Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Bukan sengaja meletakkan target sebegini tapi berdasarkan apa yang aku jawab inilah pandangan kasar.

Tapi sewaktu menyemak keputusan melalui talian SMS, Aku tersentak ! Terdiam seketika. Ya Allah what have I done ? Kenapa result aku macam ni ?
Aku mula bermonolog dalaman menyalahkan diri sendiri.
Apa yang aku target jauh tersasar. Tak senang duduk jadinya. Cikgu Aniza terus dan terus bagi support dan Alhamdulillah sangat membantu.

Keputusan baik ? Tidak bermakna anda bijak. Semua ini bergantung kepada hubungan anda dengan pensyarah, Hubungan anda dengan Allah terutamanya, Hubungan dengan ibubapa dan khususnya kawan-kawan itu penting. Apa yang anda usahakan itulah yang anda dapat.

Syukur Alhamdulillah kerana dapat Pensyarah yang sangat prihatin. Walaupun result aku tidak seperti yang diharapkan mereka, tapi tetap dapat ganjaran hehe. Terima Kasih buk guruku :)

Ehem actually buruk ke baik ke result tu aku tetap nak kongsi disini. Biarlah jadi teladan kepada diri sendiri. Dan InshaAllah dengan izin Allah, aku nak mengulang paper Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Bahasa Melayu.

Keputusan Penuh STPM Penggal 1 2015 hehehe :(

Bahasa Melayu - B
Pengajian Am - B+
Pengajian Perniagaan - B+
Kesusasteraan Melayu - C +

Overall Pointer : 3.0 

Sehingga detik ini ! Aku tak pecaya kenapa paper kesusasteraan Melayu aku begitu teruk. Aku dah buat sehabis baik. Tapi hahaha mungkin tiada rezeki.
Begitu juga dengan paper Bahasa Melayu. :( Waduh

Anyway terima kasih kepada Pensyarah yang tidak henti-henti memberi dorongan dan Support. Hehe Kawan-kawan yang sentiasa menjadi tulang belakang. Dan yang paling penting, Ibu ayah sudah cukup bangga dengan apa yang aku dapat.
Actually, aku baru tukar lagu blog ni. Hehehe tapi lagu Mandarin la kawan kawan. Have fun □

Eheh sebelum tu, Happy Chinese New Year kepada semua kaum Cina especially warga SMK Taman Mahsuri. Gong Xi Fa Cai :D
Assalamualaikum //