Monday, December 22, 2014

ONE DAY TRIP : PULAU PANGKOR

Hai Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Pagi
Isnin 22 December 2014
11:44 AM.

Halo Selamat Berkenalan, Wo de mingzi MhmmdAzmn // Apa khabar semua ? Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar di bumi Allah SWT. Okay let's begin Hahaha.
Memandangkan sekarang ni musim cuti persekolahan, kebanyakkan  Ibu Bapa akan membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Tidak kiralah di Pulau kah, di Darat kah atau di Udara sekalipun. Begitu jugalah dengan Ibu Ayah aku. Hehehe

Well, kalau nak bercuti dalam jangka masa yang panjang sememangnya takboleh. Banyak benda yang nak recover. Emm apa aku cakap ni.
Hahaha tidak mengapa, abaikan ! Pada mulanya merancang untuk pergi Ke Wang Kelian, Entah macam mana saat saat akhir berubah fikiran dan akhirnya memutuskan untuk menghabiskan waktu seharian di Pulau Pangkor, Perak.

Actually, jarak antara Pulau Pangkor dengan kampung halaman aku takdalah begitu jauh. Lebih kurang 30 minute kalau bertolak dari Manjung. Hahaha Kalau tidak salah lah. Malam sebelum bertolak beriya cakap " Okay esok semua bangun pukul 4, kita bertolak awal " Ceh at last pukul 6 baru semua terjaga. Hahaha bersiap punya bersiap tepat jam 6:45 pagi baru mula bertolak.

Hehe perjalanan di waktu pagi jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan perjalanan di waktu tengahari mahupun petang. Udara pagi yang segar Ahh nyaman gila. Sebaik sahaja sampai  di Sungai Dua, Hujan dah mula turun. Si Aina ni siap berdoa " Ya Allah, janganlah turunkan hujan " Hahaha semoga doa beliau dimakbulkan. Amin

And suddenly ayah berhenti dekat kedai makan area Sungai Dua. Dia cakap dah taktahan, lapar sangat. Okay then hanya ayah yang makan. Yang lain semuanya tak makan awal pagi. Hehe okay kita skip.
Sampai sahaja di hadapan Hospital Seberang Jaya, lensa mataku ternampak satu kemalangan kecil, Betul betul di hadapan pintu masuk Hospital Seberang Jaya. Hehe ambulans pon cepat je sampai.

Anyway semoga beliau tidak mengalami kecederaan yang serious. Sebenarnya aku banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Ya baca buku. Hahaha ko dah kenapa, tak percaya ka ? Buku komik ja pon.
So aku tak terlalu menghayati suasana kampung kampung disana. 
Okay Let's skip. Sampai sahaja di Taiping, ayah start guna GPS. Kehkeh saja nak test padahal jalan tu dah beribu kali lalu.

On data tapi tak langgan dulu, dalam masa 5 minute habis kredit hahaha.
Bukan takkesian :P So aku la yang terpaksa on data dekat handphone kesayangan aku. Actually malas nak on data sebabnya battery cepat sangat habis kalau on data. Tapi nasib la ada power bank so no problem.

Tanpa sedar, sudah hampir sampai Manjung. Kalau ada di antara kalian yang biasa ke sana pasti akan perasan ada satu jambatan besar sebelum jumpa UniKL kan ? Hehe kalau masuk simpang ke kiri terus sampai rumah Opah.
Oh muqadimmah aku terlalu panjang.

Yes finally ! Jeti Lumut kami sudah sampai. Parking full, 3 kali round baru dapat tempat parking yang sesuai hahaha. Sebaik sahaja sampai, tempat pertama yang kami tuju adalah tandas. Hahaha Ayah pulak sibuk beratur beli ticket boat. Dan situ jugak la ada seorang Chinese yang menyediakan khidmat pengangkutan awam.
I mean dia seorang agen disitu hehe. Then tetiba ayah panggil dan bagitau kata dia nak sewa 2 biji motorsikal. Hahaha Pada mulanya, mak memang tak setuju. Tapi lepas dipaksa akhirnya terpaksa akur.

Orang yang dari Jeti Lumut nak ke Pulau Pangkor tidak la begitu ramai. Sebaik sahaja kami sampai di situ boat pon dah sampai. Hehe terus masuk dan melabuhkan punggung. For your information, kami sempat mengambil beberapa gambar sebelum boat berlepas. Wah berlepas gituh noh hahaha.
Berbalik kepada cerita asal, dalam beberapa minute sahaja kami melabuhkan punggung pada kerusi yang telah disediakan, boat pon mula bergerak.

I'm not sure berapa minute diambil untuk boat bergerak dari Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor. Tapi aku sangat menghayati suasana di situ. Kehkeh
Ah masa dalam boat tu jugak lah ada baby menangis. Haha dari start boat bergerak sampai la ke Jeti Pulau Pangkor dia menangis. Kesian, bukan ?

And finally we safely landed. Wah aku dah boleh hirup suasana segar disitu. Betapa semangat nya budak ni hehehe. Tempat pertama yang kami tuju ialah Kedai Makan di sebelah laut. Wah cantik kedai dia tapi aku takda selera nak makan. So mereka bertiga sahaja lah yang makan.
Selesai makan kami terus pergi tempat sewa motosikal. Pada awalnya, mak berharap supaya dapat motor lawa lawa haha. Ternyata hasrat beliau meleset 100%. Guess what ? Motor yang kami dapat dah boleh masuk muzium negara nuh hahaha.

Sebiji motor Kriss bewarna merah. Dan sebiji motor EX5 bewarna hitam yang semput semput macam apa entah haha. Dan kami juga dibekalkan 4 buah Helmet hahaha yang ni kelakar. Helmet dia sumpah macam apa entah. Dengan longgar takda span lagi. Hahaha
So Mak dengan ayah naik motor Kriss, manakala aku dengan Aina naik motor EX5 separuh mati tuh. 
Dapat pulak motor yang kering terus minyak, Aduhai. Oh anyway harga sebiji motosikal adalah RM30, so darab 2 bersamaan RM60.

Kami memulakan penggembaraan dengan menunggang motosikal. Sebelum ni kami menggunakan perkhidmatan teksi yang disediakan, Entah kenapa kalini pergi sewa motor haha.
Jalan raya dia sangat sibuk, Bermacam kenderaan ada. Semak kepala semak. Hahaha tapi apa boleh buat, duit sudah bayar so terpaksa la teruskan.
Hehehe tempat pertama kami pergi ialah Pasir Bogak. Dekat sini agak tenang sebab tak ramai orang. Aku terasa la jugak nak lalu tepi ombak-ombak kecil macam dalam filem tu hehe tapi aku takbawak kasut selipar. Haih dengan stokin lagi.

30 Minute berlalu. Kali ni kami tukar motor hahaha. Ayah dengan mak naik motor EX5 buruk tu. Aku dengan Aina naik Kriss lawa hahaha. Saja melilau-lilau kawasan pantai tu tetiba sampai dekat Teluk Nipah. Mak cakap " Jom la balik ! Teluk Nipah ni jalan bahaya " Hehehe So kami terus balik dan terus hantar motor sewa tu. Rasa macam rugi sangat banyar rm60 hanya untuk 1 jam / 2 jam sahaja. Tapi tidak mengapa lah.

Sebelum naik boat, sempat la jugak beli cenderahati. Tapi takbanyak pon beli. Rasa macam mana tah. Nak beli tapi tak bekenan hahaha. Around 3pm kami terus balik ke Jeti Pulau Pangkor. Ya Tuhanku orang punya ramai beratur.
Aku dengan tak makan rasa macam nak pengsan. Serious talk melayang semacam ja. Then Mak hulur cok kodoq hehe. Alhamdulillah

Lebih kurang 1 jam berbaris menunggu giliran untuk menaiki boat pulang ke Jeti Lumut. Dan akhirnya tiba giliran kami hehehe. Kalini dapat boat cantik. Siap ada aircond atas kepala. Hehe Masa masuk tu ternampak " seseorang " duduk di bahagian belakang sekali hehe. Then aku masuk terus melabuhkan punggung pada bahagian tengah boat.
Disebelah aku takda siapa. Entah kenapa tetiba " seseorang " tu berdiri dan duduk di sebelah aku hahaha.
Hahaha bukan cerita rekaan ya. Serious talk. Ulang suara, Serious Talk !

Hehehe tapi kami tak cakap apapon, Hanya membatukan diri. Lebih kurang 30 Minute kami selamat sampai Ke Jeti Lumut. Terasa masa tu jalan dengan begitu slow ~ Sebaik sahaja sampai terus cari toilet. Aku memang dah tak tahan dengan sejuknya, dengan hujannya lagi. Tapi tandas full dengan manusia so aku keluar macam tu sahaja. Sia-sia bayar 50 sen hanya untuk melihat suasana tandas. Cis hahaha

Hehehe Time to say Good Bye Pulau Pangkor.

Next Destination : Teluk Batik hahaha. Yes destinasi kedua ialah Teluk Batik. Pada awalnya memang berharap orang tak ramai macam dekat Pulau Pangkor la. Ternyata hasrat meleset. Orang lagi ramai dari Pulau Pangkor.
Hahaha sebabnya ada perhimpunan Motor-motor legend seperti Vespa.
Bermacam jenis vespa yang ada pada haritu. 

Tapi sayang, Hujan terus menerus turun. Banyak kedai yang tutup. Tambahan pula, terdapat sesetengah tempat bertakung air. Lecah ! Hahaha
Sempat jugak lah beli beberapa pasang baju. Hehe then kami decided untuk pulang. Dah letih seharian berjalan.
Kebetulan pula di Perak, ramai adik beradik ayah yang menetap disini.
Jadi, sebelum pulang kami sempat singgah rumah Maklong.

Aku sendiri pon dah tak kenal sepupu aku. Sudah lama tak jumpa. Semua sudah besar ! Kami taklama disini, Hanya 20 minute sahaja.
Hahaha aku cuma heran kenapa jiran MakLong asyik pandang aku ja. Dari awal kami datang sampai la balik dia berdiri keras depan pintu hahaha.
Macam dah takda kerja lain kahkah.

Tepat jam 6 petang, kami beransur pulang. Sebelum ke destinasi yang lain, kami singgah sebentar di Surau yang agak terpencil dalam kampung ni. I don't know why tapi rasa tersentuh gila bila tengok anak anak muda berjubah putih berserban lengkap. Nampak seperti baru selesai mengaji.
Aku pinjam sebentar tandas untuk menyalin pakaian. Sebaik sahaja aku keluar, ada tiga orang anak muda berjubah putih dan berserban lengkap duduk di meja yang disediakan.

Aku cuma senyum dan mereka membalas senyuman itu. Lupa pula aku nak bagi salam hahaha. So next destination is Rumah Mak Ndak.
Hahahaha wah cantiknya rumah Mak ndak. Sudah lama takpi banyak dah berubah. Kami disambut meriah oleh mereka sekeluarga. Masa sampai tu pon dah hampir maghrib // 
Anak mak ndak yang bongsu pon sudah besar. Kiranya agak lama kami tak balik kampung ya. Ish teruk benar hahaha. Aku tengok ja si Naim ni main coc. Aku jenis tak install mana mana game dalam phone aku so aku tak reti main hahaha. Skip

Kami tumpang solat sebentar. Lebih kurang jam 8 malam kami terus bertolak balik ke Padang Serai. Syukur Alhamdulillah dapat luangkan masa seharian dengan Family. Terima Kasih Mak Ayah :)

So we gonna stop here. Hehe agak letih tangan ni menaip uols. Selamat membaca. Anyway cuti persekolah sudah hampir tamat. Tahap depan sudah bergelar Pelajar Enam Atas. Terima kasih kerana sudi membaca dari awal sehingga noktah yang terakhir. At least berbaloi juga aku menaip panjang lebar.
Diharapkan pada masa akan datang dapat luangkan masa bersama lagi hehehe. Ah letih nak tidur haha ! Selamat Malam 
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

P/S kalau ada typo mohon abaikan yaw :P