Friday, August 22, 2014

Sambutan Aidilfitri di Kampus

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh 
Selamat Pagi 
Its 09:37AM

Hehehe dah lama tiada sebarang entry baharu kan ? Okay harini aku akan ceritakan tentang " Sambutan Hari Raya di SMK Taman Mahsuri ( Kampus Pra-U ) " Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan suasana baru , sekolah baru , cikgu baru dan kawan baru . Eh baru ke ? Hahaha takda lah baru sangat . Semua kenal dari form 1 lagi . So takdalah baru sangat .

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad 10 August 2014 . Maknanya ni cerita lama lah . Hahaha ya cerita lama . Baru harini aku sempat mengadap laptop . Sebab aku baru saja selesai Ujian 1 Penggal 1 STPM . Deadly serious payah nak mampos . Terutama subjek Pengajian Perniagaan . Satu pon takboleh jawab . Eh ni nak cerita pasal raya ke pasal ujian ? hahaha okay tukar topic .

Malam sebelum hari ahad tu memang aku dah excited nak pakai baju raya beserta sampin lengkap hehe . Aku sediakan semuanya satu demi satu . Kemudian aku tak henti henti membayangkan susasana yang akan aku rasa keesokan harinya . Ehh kenapa aku rasa macam ayat aku tunggang langgang . Er tidak mengapa .

* Awal pagi * Selalunya aku pergi sekolah sendirian , takda maknanya si Azrul ni nak datang awai . Tapi tetiba pagi tu dia datang awal hahahaha , Itew terkejut jugak . Dia pakai baju melayu lengkap dengan sampin hehe . Aku pon begitu lah . So dalam pukull 7:15 kami bertolak ke sekolah . Rumah dengan sekolah tak jauh mana pon . 

Sampai saja sekolah tengok Amzar dah sampai . Wah dia lagi semangat rupanya Hahaha . So take 5 minute adjust sampin , rambut apa semua kemudian kami terus pergi dewan . Beberapa minute kemudian MPP panggil semua kena berhimpun di tapak perhimpunan . Well hari ahad kan ada Perhimpunan Rasmi . 
Uhuks pagi tu aku dipaksa duduk di barisan hadapan sekali , Kebiasaannya memang aku duduk di bahagian belakang hehe .

So blablabla cakap dah sampai turn pengetua bagi ucapan . Masa ni jugak la Shiken kena tegur sebab bercakap semasa perhimpunan rasmi hahaha , Sad Life . Kemudian tanpa membuang masa pengetua umumkan keputusan Pilihan Raya MPP . Hehehe one by one nama yang pengetua sebut kena bangun . Tiba tiba * Hahaha saja buat suspen , Ada sorang mamat ni dia bangun then pengetua tegur sebab dia pakai baju melayu tapi sampin di dalam baju . Emm aku taktahu nak explain haha
Kemudian tetiba saja mata pengetua tertumpu dekat aku , Dia suruh aku bangun tunjukkan cara pemakaian aku dekat semua , What ? Hahaha Sebab baju melayu yang takda kolar sepatutnya sampin kena pakai dalam baju . Like me Like me hahahaha ! Okay fullstop

Selesai perhimpunan , semua masuk bilik kuliah masing masing sebab kena belajar . Kahkah padahal dah excited terlebih nak makan kuih raya ni . Uhuks .
First class subjek muet . Belajar la macam biasa . Second class subjek Bahasa Melayu tapi takbelajar sebab cikgu ada hal nak kena siapkan . Hehehe masa tu semua ambil kesempatan selfie termasuk aku Hehe . Bukan selalu kan . Nak tengook tak gambar gambar semua tu ? Hehehe Check it out on Facebook & Instagram . Facebook ( Mhmmd Azmn II ) Instagram ( mhmmdazmn )
Hehehe malas nak upload sini , makan masa yang panjang . Uhuks penat .

Tiba-tiba * Hahahaha again . Takda apapon  bergurau sahaja , Then aku Azrul dengann Amzar decide nakpergi bilik guru hantar buku karangan . Bila masuk takda siapapon . Masa nak balik ke kelas tu aku ternampak hahaha nampak siapa ? Dirahsiakan hehe , aku pandang dia , dia pandang aku .
Sebenarnya aku suka dia . Okay fullstop hahahaha

Tepat jam 12:30PM semua pelajar turun ke dewan untuk menikmati segala juadah yang telah disediakan *  Macam lagu raya je kan * Hahahaha okay nevermind . So kami pon turun . Memang banyak makanan , tapi aku cuma ambil popia dengan satay . Nyamnyam hahaha takselera nak makan yang lain . Perut dah kenyang.
Hahaha popia sedap yarobbi , Cikgu mana tah yang buat . Wah pandai .  Satay pon sedap jugak lembut ja isi . Hehehe satay aku makan dalam 10 cucuk SAHAJA , Hahaha sikit 

Lepas habis makan semua tu ternampak koktil . Okay i don't know how to spell it . Semua pakat berebut nak makan benda alah tu . Tapi cawan takda hahaha . Semua pakat berkongsi cawan dengan orang lain . Hehehe Selepas tu kami takda buat apapa . Kami semua lepak dalam bilik kuliah sastera . Time ni pon sempat lagi selfie hahaha . Gambar semua di Facebook dan Instagram ya .
By the way kami lepak situ sampai balik hehehe . Ya sebelum terlupa hari ahad tu jugak ada Open House dirumah aku . Hehehe so lepas balik sekolah semua pakat datang .
Ramai sungguh yang datang . Uhuks

Terima kasih banyak banyak kepada semua yang terlibat dalam menjayakan hari aku . Seriously tu merupakan hari yang paling bahagia sekali . Taklupa jugak untuk crush , setiap hari saya pandang awak hahahah jaga jaga ada yang memerati  .
Kepada pembaca juga  terima kasih banyak banyak . Jika terdapat  sebarang " Typo " mohon abaikan hehehe . One more thing Good Luck untuk semua athlete Team Mahsuri yang pergi ke UUM harini untuk bertanding acara Futsal , Volleyball dan badminton . Dan crush aku ada yang terlibat disitu hehe .
Sekian sahaja entry kalini . Terima Kasih
Assalamualaikum <3

Monday, August 4, 2014

Love You TEAM MALAYSIA :)

Assalamaualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Salam Maghrib 
Monday , 04 August 2014

Uhuu my first time post guna Laptop . Hahaha selama ni guna komputer , Secara jujurnya aku lebih selesa laptop sebab more private hehe . Kalau on guna komputer payah nak covver . 
Okay actually entry kalini memang aku rasa sedikit menarik perhatian aku untuk terus menaip hehehe . Semalam jaguh negara kita iaitu Goh V Shem & Tan Wee Kiong bagi beregu lelaki , manakala Vivian & Woon bagi beregu wanita telah menyumbang dua pingat EMAS buat kontinjen Malaysia .

To be honest , Sukan Badminton merupakan sukan yang sangat aku minat . Minat untuk tonton tapi jarang bermain . Hehheh . Apa saja yang berkaitan dengan #TeamMalaysia pasti aku sokong .
Actually semalam aku habiskan masa aku lebih kurang 4 jam duduk di depan tv untuk bagi sokongan hehe . Sambil tangan tak henti henti tweet . 

Sedikit gambar buat tatapan ( Wajah-wajah Jaguh Negara ) 





Sebagai rakyat Malaysia , memang ini merupakan satu pencapaian yang perlu dibanggakan . Dan secara jujurnya Saya Bangga dengan kejayaan ini . 
Always support Team Malaysia .
Jumpa lagi di Sukan Asia di Incheon :D

Sampai sini sahaja entry kalini .Beta terpaksa siapkan assignment yang tertangguh . Uhuks 
Assalamualaikum .