Thursday, May 8, 2014

Minggu Orientasi Tingkatan Enam

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Petang pembaca .
Its 2:52 PM

Lama jugak kan tiada sebarang post yang terbaru , Mesti ramai yang tertunggu tunggu " Eh bila ah si Azman ni nak update blog dia ? Aku dah taksabar nak baca ni " * Kay bohong . Hahahaha
Actually banyak sangat yang aku nak cerita dan semua nya berkaitan " Minggu Orientasi Lower Six SMK Taman Mahsuri . Gempak kan story kalini . Hehehe Dan dan dan harini cuaca sangat baik sebab tu yang jadi terajin pulak nak menaip :3 Selalunya memang tidur time ceni . 
Kehkeh ni baru Muqaddimah ye adik adik , kakak kakak , Abang Abang sekalian :P

Hehe Semua student Lower Six daftar pada 05 May 2014 yang lepas . Apa yang boleh aku gambarkan suasana dia sangat meriah . Sebabnya memang ramai sangat yang mendaftar . Okay kalau tak silap antara 300-350 mungkin . Kalau salah mohon kita abaikan . Hehehe Masa daftar tu pergi dengan Azrul Hisyam . Masa pendaftaran tu okay - okay sahaja . Nanana terjumpa dengan Shiken .
Eh dia pon masuk form 6 ? Hehehe padahal dah tahu . Dia pon aliran Kemanusiaan sama dengan kami la kiranya . Then after selesai pendaftaran semua lower Six kena pergi Library . 
Ada satu taklimat . Hehehe . Taklimat tu aku dah lupa benda apa yang dorang cakap . Hahaha
First Day ( Minggu Orientasi ) 06 May 2014
Okay hari pertama Sememangnya semuanya student excited mungkin . Well termasuk aku . Hehehe tersangat excited .  Tapi tapi baru first day aku dah lewat datang sekolah .Aku bertolak dari rumah pukul 7:25 Am . Kau rasa takgila ? Hahaha masa nak masuk pagar tu cikgu nak kerah semua student " Cepat Cepat Cepat " Hahaha then aku ni macam rusa masuk kampung . Eh betulkah pribahasa aku ni ? Hahaha
Macam blur blur dengan seluar slack yang lembik bengai tu Hahaha .
So aku pon jalan macam biasa sampai ke tapak perhimpunan and semua nya berjalan lancar . Then semua student lower six kena pergi berkumpul di Library ada taklimat lagi . Wuhuu macam best ja tapi aku dah lupa apa yang aku dengar masa taklimat tu . Hehe
So apakata kita skip ke hari yang kedua . Actually first day ni biasa biasa sahaja . Takdelah menarik sangat nak kongsi pon . Ah one more things masa dekat Library tu kami dapat Leader untuk semua student lower six . Yeah leader yang berwajah manis sebabnya Chinese . Hehe nama nya Nigel .
Well kalau silap tolong betulkan . Seriously dia peramah . Dengan semua orang dia cakap . Ini baru namanya " Leader " Nanti pilihan raya bulan enam gua undi you bro (Y)
Eh tapi mungkin masatu you dah pindah sebab dapat tawaran ke IPTA kan ?. Well me too mungkin . So apapun Good Luck .
Selesai untuk hari pertama . 
Second Day ( Minggu Orientasi ) 07 May 2014

Cepat sangat masa berlalu kan ? Tuptup dah masuk hari kedua minggu orientasi . Dan pastinya semakin banyak pengalaman baru tercipta . Hehehe Hari kedua persekolahan gua datang awal okay . Haha
Dah takda lewat lewat ni . I'm not that type :P
Awal pagi tu semua lower six kena berkumpul di tapak perhimpunan untuk pembahagian kumpulan .
Kumpulan dipilih secara random mengikut number ya pembaca sekalian . Hehehe Macam ni sistem dia . Lelaki beratur dalam lima barisan then orang pertama yang didepan akan sebut number 1 dan diikuti lah dengan pelajar lain sampai number 30 . Then ulang semua kepada 1 . Faham kan ? Hahaha
So lepas semua dah dapat number masing masing kena cari orang yang dapat number sama macam kita . Contohnya aku dapat dapat number 3 . So semua yang number 3 akan digabungkan . 
Kumpulan aku terdiri daripada 3 orang lelaki dan 8 orang perempuan . Well selalunya memang perempuan akan lebih ramai dari lelaki . 5 Malay 4 Chinese and 2 Indian . Kami Satu Malaysia .
Jangan lah jealous oi . Hehehe padan muka padan muka padan muka padan muka padan muka . 

Okay selesai saja pembahagian kumpulan tu as usual semua kena pergi Library untuk dengar Taklimat tentang . Hm tentang apa entah . Hahaha Oh God kenapa cepat sangat aku lupa . Benda tak penting memang selalu akan lupa . Hahahaha . Kalau tak silap ada seorang penceramah jemputan dari sekolah mana entah .
Namanya Encik Azlee . Hhe boleh tahan lawak la . Nothing special .

Then lepas rehat tu ada seorang lagi penceramah jemputan dari SMK Tungku Panglima Besar . Aku panggil dia " Encik Psiko " Hehehe sebabnya ? Memang Psiko sangat .
Penceramah yang paling terbaik sepanjang hayat aku . Hahaha Dari awal dia mula sampai habis tak kering gusi student lower six termasuk Chinese Indian . Kiranya apa yang disampaikan tu berkesan la .
Tapi hahaha ada seorang BOY ni macam takda perasaan pon ada . Sepanjang ceramah dia langsung tak ketawa atau senyum atau apapa jela . Haha mungkin not in mood . Aku takmau la mention sama ada dia Malay , Chinese or Indian ? Takbaik mengaibkan orang . Hehehe

Selepas selesai ceramah dari Encik Psiko ni , Ada slot yang diawasi oleh MPP . Tahu ke mende MPP tu ? Hahaha taktahu kan . Padan Muka :P Maksudnya Majlis Perwakilan Pelajar .
Kiranya depa semua ni macam pengawas la tapi bukan pengawas . Hahaha
Dorang pesan hari khamis iaitu hari ni lah kena pakai baju putih berkolar dan seluar track . Then semua student lower six juga kena bawa Pokok Serai .

First dengar mcam pelik jugak kan , Tapi takpa abaikan Hahaha nanti hampa akan tahu jugak .
Bukan itu sahaja yang kami kena bawak . Antara barang yang kena bawak adalah seperti berikut . Cewah ayat budak sastera dapat A habaq hang . Hahaha maaf 
- Gunting
- Kertas A4
- Pokok Serai
- Yassin
Ya itu sahaja . Hahahaha macam menarik , bukan ? Selepas selesai semua tu sementara tunggu locen berbunyi semua pelajar kena berdoa dulu sebelum balik . How sweet :)

Third Day ( Minggu Orientasi ) 08 May 2014 

Yuhuu dah masuk hari yang ketiga . Actually hari ketiga tu harini lah . Balik balik sekolah terus tweet pasal tadi . Hehehe Then Intan perli kita habaq hang . Tu yang rasa macam nak update dekat blog . Hehehe
Entry kalini agak panjang ye pembaca sekalian . Mohon habiskan semuanya :D
Harini semua student lower six kena pakai pakaian putih berkolah . Oh yeah semalam jugak aku pergi cari dekat area Taman Serai Wangi . Mula nya pergi dekat Pusat membeli Wei bi tu . Serious talk pekerja dia macam apa entah . So aku keluar macam tu saja , Malas nak berurusan dengan mereka . Cewah petang tu kami terus pergi Landmark sebab nak.cari baju smart casual hehehe . At the same time terjumpa dengan schoolmate yang daftar sama dengan hari kami memdaftar dekat The Store . Hahahaha mungkin mereka juga sedang mencari baju . Same situation with us .

Okay lupakan pasal baju tu kita mula dari awal pagi . Hehehe as usual aku bangun sendiri tanpa dikejut . Memang itu tabiat aku taknak menyusahkan Mak . Semua aku buat sendiri termasuk iron baju . Hehehe Selepas selesai semuanya Irsyad datang . Sempat jugak lah main dengan dia 2 minute . Hehe
Then kena tunggu Azrul datang rumah baru pi sekolah . Nampak nya harini dia tak lewat datang rumah aku . Tahniah . Hahaha

Oleh kerana / sebab terlalu awal so kami pergi rumah Izzul dulu . Pergi reramai baru best , bukan ?
Sampai ja sekolah tempat pertama kami cari mestilah TOILET . Hahaha sengaja mention besar besar . TOILET cantik bersih tapi cikgu cakap kotor , dah kenapa ? :P
Malas cakap panjang panjang , hahaha dah letih menaip . Kalau ikut karangan dah lepas dah 350 patah perkataan . Mesti cikgu bangga dengan aku . Hehehe
After a few minute cikgu panggil semua berkumpul di tapak perhimpunan . As usual la kan selepas tu kena pergi library untuk taklimat Biasiswa . Nak habaq sat Leader dok depan kami . Hahaha siapa lagi kalau bukan Nigel . Eh betul entah aku eja nama dia ? 
Taklimat tu sampai pukul 11 pagi . Habis ja taklimat tu kami ada slot bersama MPP . Ulang balik maksud MPP yang aku bagitau tadi . Apa dah lupa ? Pergi cuci tandas :P 
Tepat pukul 11 pagi kami semua berkumpul di tapak perhimpunan untuk kesekian kalinya . Tapi kalini kena berbaris mengikut kumpulan . Well nak bagitau sikit kumpulan gua semua sporting haha .
Tapi aku taktahu langsung nama dorang . Taksempat tanya hahaha .
Diketuai oleh Afkar Leader upper six  .Kami semua diarah kan untuk main satu GAME . Wow fantastic baby :) Kami diberikan 3 kupon berharga RM 30 untuk setiap kumpulan . Sementara tu ketua kumpulan kena berkumpul untuk dengar syarat syarat permainan manakala yang lain boleh ke kantin untuk makan . Hahaha seronok gila habaq hang :P 
* MENGANTUK ! PETANG NI GUA SAMBUNG CERITA *

Yaw Hallo people segenap alam . Its 5:44 PM . Yeah baru bangun tidur . Semakin segar mata ni apatah lagi otak gua . Tapi kenapa ayat macam blur ja . Hahahaha apapa jala :D
Okay apakata kalau kita sambung semula cerita yang gua skip tadi . Hahahaha
Sampai dimana ya kita tadi ? Oh okay sini aku bagitau dulu cara main permainan tadi ya . Actually taksusah pon . Setiap kumpulan akan diberi sehelai kertas dan tertulis nama-nama checkpoint . Faham dak ?
Hahaha macam ni contoh dia .

  • Belakang
  • Makan
  • Opera
  • Walawey
  • Krik Krik
  • R & D
  • AIR
  • Zebra
  • Serai
Semuanya ada sepuluh checkpoint okay tapi aku dah lupa lagi satu natang apatah nama dia . Setiap checkpoint ni ada di tempat tempat tertentu . So tugas student lower six pergi dekat checkpoint ni dah buat tugas yang dorang suruh dan akan dapat duit . Tapi mestilah ikut urutan .
Yaw baru teringat satu lagi checkpoint nama dia " Din Art " Yang penting syarat dia takboleh hilang ahli kumpulan . Kalau hilang akan didenda atau bayar duit :3
Game bermula di tapak perhimpunan . Apa yang penting ahli kumpulan takboleh hilang . Oleh kerana / sebab kami kumpulan yang ketiga so kena start dari Checkpoint " Opera "
Puas melilau satu bangunan cari checkpoint ni padahal checkpoint ni dekat perhimpunan . Hahaha semua mengeluh tahap nak mati :3 So sampai saja situ kami diarahkan untuk berlakon satu scene .
Ketua akan diberi balang yang terdapat kertas . Dalam kertas tu akan ada nama nama tajuk yang akan dilakonkan . Phew mencabar sangat . So ketua pon cabut lah undi .
Kami dapat tajuk " Parodi Kapal Titanic Tenggelam "
Hahahah dah set mind kita mesti jugak belakon untuk mendapatkan 5 markah . Kemuadian dorang masa 1 minute untuk bincangkan dan 4 minute untuk lakokan . How dare ? 
So masing masing dapat watak . Situasi masa tu jack sedang digari dan Rose datang selamat kan .
Dalam game ni macam Student Malay saja yang tahu. Haha yang Indian and Chinese takpernah tengok kot movie ni . Berprasangka Baik .

So lepas berlakon tu taksampai pon 4 mminute kami dah berhenti . Nampak akak tu nak angkat number 5 tapi at last dia angkat kertas number 3 . So kami cuma dapat 3/3 markah . Selesai game yang pertama .
Seterusnya kami cari checkpoint " Walawey " Okay tugasan dia simple saja.
Seorang kena tiup belon dalam masa 30 saat dan ahli kumpulan yang lain kena kipas belon tu menggunakan kertas A4 tanpa sentuh sehingga terbang melepasi kepala ahli kumpulan yang tertinggi .
Well sangat mudah kan ? Dengan sekali cubaan kami melepasi cabaran ini .

Okay checkpoint seterusnya adalah " Krik Krik " . Actually aku dah lupa apa tugasan untuk checkpoint ni tapi takpa aku akan cuba refresh semula otak ni . Hehehe .Oh ya kalau taksilap tugasan ni dinamakan " Radio Buruk " Kalau taksalah la . Leader akan menghafal satu potongan ayat kemudian kena bisik dekat ahli kumpulan yang lain . Then disampaikan kepada orang lain pulak . Ahli kumpulan yang terakhir akan baca semula . Kalau salah kena bayar RM10 .
Potongan ayat tu " Jangan degil , Ibu akan marah . Be a good child "
Well seperti sebelumnya denga seklai cubaan complete tugasan ni .

Checkpoint seterusnya adalah " R & D " actually yang ni yang paling susah kami nak cari sebabnya tempat dia terletak dekat bilik sains atas sekali . Tapi berkat bantuan akak senior tu kami dapat cari . Hahaha
Permainan dia agak susah la dimana semua orang akan diberi straw kecil . Semua ahli kumpulan harus meniup bola dengan menggunakan straw sehingga masuk kedalam jaringan .
Starw takboleh pegang tapi ada jugak yang pegang . Kalau pegang akan dikenakan penalty tapi ada jugak yang pegang , Hahaha 2 orang terkeluar dan dua orang lagi kena denda makan buah limau .
Hahahaha at last satu kumpulan kena menari tarian hindustan . 
Wuhuu best sangat . Cabaran ni jugak selesai :D
Come on come on nak habis dah . Hahaha since 2 lebih aku menaip . Checkpoint seterusnya adalah " Air "
Tugasan dia leader kena cari air satu baldi . Manakala ahli kumpulan kena memegang tali dan ditengah nya terikat sebotol air . Tudia tudia ayat teraboq Hahaha .
Game ni susah sangat . Lepas selesai isi air dalam kami diberikan tugas reading .
Oh lets said tajuk dia " Tongue Twister " Tapi semasa cakap tu straw kena letak atas mulut dan takboleh bagi jatuh . Hahaha Actually ayat tongue twister tu dah selalu aku praktik doh :3
Tapi bila aku cakap straw mesti jatuh Hahaha . Kalau jatuh kena pass ke ahli kumpulan yang lain .
Masa diberi 3 minute dan kami selesai sepenuhnya :)
Okay checkpoint seterusnya adalah " Zebra " Hahaha game ni paling mudah diantara semua game yang ada . Kami kena bawak belon diatas tali tanpa menyentuhnya . Easy right ?
Taksampai 1 minute tugasan ni selesai . Hahaha okay next . Hehehe
Checkpoint seterusnya nama dia " Serai " Untuk melepasi cabaran ni kami kena jawab satu soalan dahulu . Dan soalan dia " Negara mana paling kecil didunia ? "
The hell soalan dia . Hahaha rasanya semua kumpulan takboleh jawab . So kumpulan yang takboleh jawab semua kena jalan itik sambil bunyi " Quack Quack Quack " Hahahaha
Selepas denda tu kami kena tanam serai . Setiap orang mesti kena ada serai . Selesai 
Last Checkpoint yang kami sempat buat , Iaitu " Belakang " Hahaha kam diberi sehelai kertas dan semua ahli kumpulan kena berdiri dua dua belah kaki diatas kertas tu . Cuba bayangkan ? Hahaha
Cubaan pertama kami gagal . So buat percubaan kedua .
Guess what kena berdiri atas kertas tu dengan cara peluk campur dengan perempuan . Oh game apa ni ? Hahaha mungkin bulatan kami terlalu kecil sebab tu kena berhimpit sikit . Nasib my indian friend tu tahu cara nak buat bulatan dengan sehelai kertas :) Done tugasan ni .
Checkpoint yang terakhir " Makan " Kami taksempat buat sebab takcukup masa . Hahaha sad life tapi takpa kalah bermaruah . Apapon harini memang paling best . Sebabnya ?
Well dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa . Bagus sangat .
Keep it up . Pasti nya letih kan tapi memori ni takkan pernah dilupakan .
Hhehe by the way perasan tak lagu untuk blog ni agak sedih , Sebabnya ? Hahaha well nanti mesti akan berpisah dengan semua student lower six . Sangat yakin 100% ramai yang akan berhenti apabila mendapat tawaran ke IPTA . Im gonna miss all of you student lower six 2014 SMK Taman Mahsuri .
Terima Kasih juga kepada anda yang sanggup membaca dari awal sehingga sudah .
At least berbaloi jugak aku tulis sebab ada orang yang membaca . Hehehehe

Kalau ada typo mohon abaikan , Maklum lah aku menaip terlalu laju sehingga tidak melihat screen . So mohon abaikan . Hehehe Sabtu ni sekolah ya lower six sekalian . Love you :)
Terima Kasih , Assalamualaikum .





No comments:

Post a Comment