Friday, November 28, 2014

Big Family :D

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Malam
9:30PM Friday.

Apa khabar ? Eheh setelah sekian lamanya mendiamkan diri akhirnya muncul jua, Sebenarnya cuti persekolahan amat memboringkan. Uh taktahu nak buat apa. Mahu kerja ? Tidak, Hehehe Mahu keluar ? Jarang-jarang. 
Bila ada masa tertentu baru keluar " Gathering " dengan kawan-kawan. 
Hey I'm about to turn 18 years old. Hehehe tolong ingat tarikh penting ni okay. ( 2nd December 1996 )

Hahaha Okay secara jujurnya aku memang ketandusan idea, Tujuan aku buka blog harini sebab nak tukar lagu, then taktahu kenapa tangan ini seolah-olah mahu menari di atas keyboard. Yeah so kita bermula disini.
Pada awalnya aku terfikir nak kongsikan cerita " Majlis Bacaan Yasiin Perdana " tetapi memori aku banyak yang sudah hilang, bahkan aku tak ingat apa yang terjadi malam tu.
So here we go ! Harini aku akan ceritakan dari mula sampai habis Family PURK6, Ehehe maaf ya kawan-kawan.

Apa itu PURK6 ? Kenapa PURK6 ? Hahaha okay mungkin ada di antara kalian yang masih tertanya-tanya apa itu, kenapa, bagaimana ? Eheh jangan merunsingkan fikiran anda. Duduk tenang dan hayati satu demi satu.
PURK6 ini sejenis makanan, Eheh takda lah bergurau, PURK6 ini nama kelas okay. Kelas yang sangat suci, gebu lagi mengeboomkan.

Hehe kita mulakan dengan berkenalan dengan para pendidik PURK 6. Betapa beruntungnya kami apabila mendapat guru-guru yang sangat penyayang.
Secara jujurnya, Kami selesa dengan semua guru yang mengajar  PURK6 ni, Entah kenapa la kan, kehadiran mereka macam menyerikan lagi kehidupan. Hahaha okay tak tipu ni. Tolonglah percaya hehe.

Guru Kelas - Cikgu Mohd Fuad 
Well, inilah bapa PURK6, Kacak lagi bergaya. Eheh maaf ya gambar tidak boleh dipaparkan :P Nanti habis direbut orang. Walaupun cikgu jarang masuk kelas, tapi kami semua faham eheh, 

Guru Bahasa Melayu - Cikgu NoorHayati
Well, tanya sesiapa sahaja dalam kelas, semuanya sukakan cikgu Hayati. 
Seorang yang kelakar dan tentunya tegas. Ketegasan cikgu lah yang menjadikan seseorang pelajar berjaya, right ?

Guru Pengajian Am - Cikgu Mahfuzah
Well, ini merupakan cikgu yang digemari oleh semua pelajar PURK 6. Kami suka cara cikgu mengajar, Sometime adakan aktiviti berkumpulan. Dan yang paling penting " Cikgu seorang yang penyayang " 

Guru Pengajian Perniagaan - Cikgu Hasnah 
Well, kalau korang duduk di tempat kami la kan. Tentunya korang akan nampak " Kesungguhan Cikgu Hasnah " Cikgu begitu bersungguh mahu melihat  semua pelajarnya lulus cemerlang dalam STPM.

Guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif - Cikgu Ishak 
Well, satu-satunya guru lelaki yang mengajar kami, seorang yang sangat simple tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup luas.
Seorang yang alim dalam bidang keagamaan.

Hehehe itulah antara guru-guru cemerlang yang mengajar kami, Walaupun baru 5 bulan berkenalan, tapi Chemistry antara semua guru sangat baik.
Setiap yang diajar amatlah dihargai. Terima Kasih Cikgu :)

Eheh sekarang kita beralih pula cerita tentang pelajar PURK6. Hehe jaga hampa ! Masa untuk kritik sorang-sorang haha takda lah, bergurau saja.
Harini aku terlebih rajin so, sorang-sorang aku sebut :P Hahaha
Kita mulakan dengan ketua tingkatan dan Penolong ketua tingkatan.

Ketua Tingkatan - Muhammad Azman.
Eh siapa mamat ni ? Hahaha atas permintaan ramai, aku upload gambar ketua kelas PURK 6 ye. Hekhek. :P 


So inilah ketua kelas yang perasan smart tu hehehe, Tolong tinggalkan comment yang positive sahaja. Eheh actually ketua kelas tu aku lah.
Tak tahu macam mana boleh dilantik, Tahun depan orang lain pulak ye.

Penolong Ketua Tingkatan - Najat Izyani 
Wow cantiknya, gojesnya. Hahaha itulah dia. Seorang yang sangat " Caring " dengan kebajikan pelajar Purk6. Sometime kalau aku letih dia la yang pergi pejabat ambilkan kehadiran. Ehe terima Kasih.

Muhammad Amzar 
Our comedian star. Hahaha bakal pengganti Jozan suatu hari nanti, Seorang yang periang, takpernah sedih, Kecuali kalau girlfriend nya tidak hadir ke sekolah. Hehehe, Rekod kehadirannya sangat mantap iaitu tidak pernah ponteng sekolah walaupun sehari.

Mohammad Azzrul Hisyam
Pelajar lelaki yang paling tinggi, Selalu main handphone dalam kelas. Tetapi sangat prihatin dan setia kawan. Tk pernah khianat malah sanggup bersusah payah asalkan kawan selesa.Good Boy

Siti Nur Khalida 
Selalu tinggalkan tandatangan nya di atas buku, nasiblah buku siapa yang dekat denganya. Besertakan " Khalida Comel " Ya sangat comel.
Pelajar yang pintar dalam subjek KMK.

Nur Liyana @ KakNa
Happy go lucky sentiasa, Peramah la jugak kadang-kadang tu. Tempat duduknya di sebelah aku sahaja. Seorang yang kelakar hehe. 
Yang paling penting dia sangat baik dan bijak. Pretty much uols. 

Ain Umaira 
Selalu menyanyi dalam kelas. Kalau dia hadir semua happy, kalau dia tak hadir muram habis. Sebabnya bersama dia ada kotak Wifi hahaha.
Good-Looking. Pretty also.

Nur Suhaida 
Suka makan cokelat hehehe, Kadang kadang datang sekolah, kadang kadang tidak. Kehleh Kawan baik kepada Khalida, Ain dan Kakna. Bila pakai shawl terus nampak cantik hehe.

Ashiken Samsor 
Pelajar yang bijak, tempat duduknya dibelakang aku sahaja. Hehehe Pernah bercita-cita hendak berhenti form 6. Pretty much. 
Tak sombong dan sangat peramah.

Syafinas Mansor
Cinderella PURK 6, Ehehe good-looking. Kawan masa sekolah rendah, taktahu la dia ingat ke tak. Selalu teman penolong tingkatan pergi ke mana sahaja.
Pembekal shawl yang berjaya.

Asmaa Nadhirah
Seorang yang lemah lembut, sopan-santun. Sangat bijak. Kawan baik kepada Aliah. Duduk di hadapan sekali. Dan sangat cantik.

Nur Aliah
Wah pretty girl, Suka melancong. Hehehe Cantik, sporting. Bendahari kelas PURK6. Pandai buat lawak hehe. Gadis ini berlesung pipi uols.

Nurina Izzati
Well, sangat berbudi bahasa. Hehe Seorang Novelis. Walaupun jarang bercakap dengan kami tapi dia seorang peramah. Bijak dan cantik sudah tentunya. Semoga terus berjaya :) Hehe
Rapat dengan Cikgu Kaunseling.

Siti Natasya
Kawan dari Tingkatan Empat SMK Dato' Lela Pahlawan. Wah menjadi pencabar terdekat soalnya pinter banget. Hahaha susah mau nangani. Bila pakai Shawl nampak cantik ja.Rapat dengan cikgu Kaunseling.

Nur Aslina
Wah calon SPM yang berjaya tahun 2013. Kecil tapi sangat comel hehe. Serious tak tipu. Berkawan baik dengan Nurina dan Siti Natasya.
Rapat dengan cikgu Kaunseling.

Nur Athira Asyikin
Salah seorang rakan rapat kami, Sangat rajin. Terutamanya dalam menghasilkan kerja rumah atau nota. Takpernah taksiapkan homework. Exam selalu dapat markah tinggi.

Nurul Farhana Abd. Rahman
Wah panjangnya nama dia, Hehehe seorang yang sangat sangat cantik. Pintar. Sporting. Lagi satu dia berani tanggung risiko. Hehe
Brave Girl so far. 

Nurul Hanisah 
Hehehe Bila dia senyum nampak comel je. Tulisan dia sangat cantik. Hahaha sebenarnya jealous tengok tulisan dia.Pandai buat Spaghetti. Sangat sedap uols. Takpercaya nanti suruh dia buat .

Nur Ashekin Umirah
Suka gelak walaupun benda tak lawak. Hahaha even tengok movie horror pon boleh gelak. Hahaha sporting sangat. Kawan terbaik dari Tingkatan Empat.

Nurul Farhana Bt. Fazil
Yeay ni akak senior kelas PURK6. Sangat cantik okay. Lagi satu dia sangat baik dengan kami, Layan macam adik kandung. Begitu rajin dan fokus bila belajar.

Rabiatul Adawiyah
Wah sedapnya nama dia, Rupa pon cantik. Tak terlalu bergaul dengan lelaki. Banyak habiskan masa dengan mengulangkaji. Bila cikgu ajar beri perhatian 100%.

Nur Azzati
Surname dia " Etty Cun " Hehehe sangat cantik. Suka tengok dia pakai shawl. Bukan calang calang orang. Pinter jugak ni orang.
Sangat sporting dan kelakar gituh.

Nor Syazani
Wuuw bakal penyanyi suatu hari nanti, Suara dia sedap gila. Tak pecaya eh ? Tu hang punya pasal. Kehkeh Selalu bawak charger pergi sekolah. Hehe
Pretty also.

Anis Farhana
Wah orang kaya, Kotak pensil besar sangat. Macam-macam ada dalam tu. 
Sangat baik, dan peramah. Tarikh lahir dia sama dengan aku okay.

Nur Irayu Shamira
Selalu datang sekolah awal, selalunya bila aku sampai dia dah sampai. 
Bila pakai shawl nampak cantik. Bawal pon cantik.
Wah pandai oh dia ni. Pengajian Am terutamanya.

Nur Rasyidah
Kawan masa sekolah rendah, Taksangka jumpa lagi. Dulu masa sekolah rendah memang rapat. Tapi sekarang dah tak rapat sangat, Hehehe Yalakan malu.Haha sangat cantik.

Nurul Farhana Abdullah
Wah sangat pandai farhana ni. Dalam kelas selalu dapat top 3. Kadang-kadang heran jugak cemana boleh pandai sangat hahaha. Jealous

Nor Sazlinzah
Hehehe always bawa sapu tangan yang gedek banget. Hahaha pemalu sikit tapi comel. Kecil-kecil cili padi. Hehe

Nurul Syaira
Hehehe aku suka dia. Haha I mean cara dia. Dia sangat sporting. Berani tanya soalan. Kadang-kadang kantoi jugak bila main phone dalam kelas. Anyway dia seorang yang sangat peramah.

Nazurah
Oh well I don't know how to describe this girl, soalnya aku memang tak rapat sangat dengan dia. Dan aku taktahu cara dia macam mana. Tapi cantik. Hidung dia mancung sangat. I'm jealous.

Nafisa Aizat
Hehehe ni pelajar baharu, Mula-mula masuk duduk depan aku. Selalu senyum saja takpernah cakap. Ingatkan sombong. Sekarang dah rapat.
Sangat berbudi bahasa.

Nadia Ashykin
Rockstar PURK6. Suara dia sangat sedap. Hehehe bila cikgu sebut nama Nadia ja, amzar mesti menyanyi " Jiwa dan raga " Hahahaha
Good-Looking dan pandai berFashion.

Fatin Nabila
Hehehe I love her, pelawak. Boleh ganti Jihan Musa. Hahaha Suka tengok dia bila Cikgu Mahfuzah suruh hafal. Hahaha Gayanya yang natural superb.

Amalina
Wah gadis ini ada lesung pipi. Sangat sangat comel bila senyum. Berkaca mata.
Selalu bercerita dengan sahabatnya.

Nur Ielanis
Sangat cantik dan sangat sporting. Bila belajar boleh nampak dia fokus sangat. Selalu pakai tudung bermanik. 

Nur Atiqah
Hehehe seorang yang sangat cantik, Sering berbaju kebaya. Loghat KL sedikit. Walaupun suara perlahan tetapi tetap ayu. Hehehe Don't Worry.

Hehehe so ini lah nama-nama pelajar PURK6. Sebenarnya aku takda niat nak mengata atau mengutuk. Andai kata ada yang terasa atau terguris hati nanti buka sekolah datang jumpa ya, Hehehe.
Selamat Bercuti panjang sahabat sekalian, Nanti buka sekolah sudah start Semester 2. Dah takda masa nak main-main lagi.

GALLERIA


Hari terakhir persekolahan 2014.

Jamuan bersama Majlis Perwakilan Pelajar.
Yeah bersama Cikgu Mahfuzah.

Dua hahri sebelum cuti sekolah. Tengok movie weh. 

Itulah Penolong Ketua Tingkatan. Berkaca mata anggun. 

Hehehe Di Bilik Kuliah 18.

One day trip ke Bukit Bendera.

Best naik binatang ni, Hahaha okay binatang. Kereta Pelancong. 




So kami bertiga jelah Lelaki dalam kelas ni. Gambar diambil sewaktu Majlis Bacaan Yasiin di Sekolah.


Oh lupa nak bagitau, kelas PURK6 terdiri daripada 36 orang. 3 Lelaki dan 33 Perempuan. Hahaha Adakah normal ? Ya standard la kan.
Anyway semoga semuanya memperolehi results yang cemerlang.Buktikan kepada semua walaupun kelas kita paling ramai, kita mampu mencipta kejayaan bersama. 

Semoga juga bila semester dua bermula, hubungan antara kita sebagai kawan lebih kukuh dan akrab. Hehe banyak pulak kan cakap.
Okay la dah penat menaip, Ingat senang nak describe sesorang dengan jumlah yang banyak. Hehe

Sekali lagi andai terasa atau terguris hati datang tuntut nah. Always bersedia.
PURK 6 All the best. Jia You
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)

No comments:

Post a Comment